"Saya akhirnya dapat buktikan pada diri sendiri dan dapat buat keluarga serta peminat bangga dengan saya. Kali pertama rasa dihargai sebagai seorang penyanyi.
"Sebelum ini mungkin orang tak berapa dengar lagu saya lebih-lebih lagi saya menulis lagu bahasa Inggeris. Kalau tulis lagu bahasa Melayu mungkin tak kena dengan minat pendengar.
"Bila saya diberikan anugerah ini saya rasa sangat dihargai. Rasa macam bakat saya dipandang," ujar pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha apabila berjaya menggenggam trofi Lagu Inggeris Terbaik menerusi lagu 'My Home Is In Your Arms' di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24).
Dalam pada itu, Daiyan atau nama penuhnya, Daiyan Trisha Mohd Nasaruddin, 32, berkata, dia akhirnya rasa dihargai sebagai penyanyi selepas sekian lama bergiat aktif dalam bidang muzi.
Klik untuk gambar besar
Kongsi Daiyan lagi, impian untuk menang di pentas AIM telah lama terpahat dalam diri sejak zaman persekolahan.
Selain itu, Daiyan berkata, detik menggenggam trofi sebagai penulis dan komposer lagu sendiri memberikan satu kepuasan yang suk@r digambarkan.
Sebelum ini, Daiyan pernah dicalonkan di AIM sebanyak dua kali, namun tahun 2025 menjadi penentu yang mengubah kerjayanya dalam bidang muzik.
"Alhamdulillah saya sangat gembira dan bersyukur. Tak tahu nak cakap, saya dah lama impi untuk menang AIM sejak dibangku sekolah lagi iaitu 17 tahun lalu.
"Ini kali ketiga saya tercalon untuk AIM, kali pertama tercalon untuk lagu Inggeris pada 2016 dan kali kedua Lagu Pop Terbaik (Penat) pada 2021.
"Tahun ini merupakan kali ketiga saya tercalon. Sewaktu menjadi finalis untuk kategori Lagu Pop Terbaik saya sangat gembira kerana sus@h sebenarnya nak sampai ke tahap itu kerana banyak s@ingan.
"Tapi bila memenangi kategori Lagu Inggeris Terbaik ini, berbalik kepada niat asal saya menulis lagu-lagu Inggeris," tuturnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.