07 September 2025

BERI 'HINT' ADAKAH SEJARAH BAKAL BERULANG, TONTON PERSEMBAHAN MISHA OMAR SEBELUM BERSALIN - NETIZEN SP£KULASI NABILA RAZALI HAMIL ANAK KEDUA?



"Saya blur sekejap bila dapat tahu tak dapat pergi konsert dan kena bersalin pada malam itu. Tak tahu hidup m@ti macam-macam dalam fikiran.

"Tapi Allah Maha Besar, Alhamdulillah Muhammad pun dah 8 bulan dan Misha pun nak buat konsert lagi November ini.

"Adakah sejarah akan berulang November nanti? Pergi ke showcase Misha sebelum ini adalah keputusan terbaik pernah saya buat."

Demikian ujar penyanyi Nabila Razali, dimana dia mengimbau kembali kisah penuh em0si sebelum melahirkan cahaya mata pertama pada Disember tahun lalu.

Kongsi Nabila atau nama penuhnya, Nur Nabila Mohd Razali, 33, meskipun sedang sarat hamil 38 minggu, dia hadir ke persembahan penyanyi Misha Omar yang diadakan di Odeum At Jiospace, Petaling Jaya pada 21 Disember tahun lalu.

Dalam perkongsian itu juga, Nabila sempat mengusik peminatnya apabila mendakwa adakah sejarah bakal berulang memandangkan Misha dijadualkan mengadakan konsert sekali lagi pada November ini.

Klik untuk gambar besar

Penyanyi lagu 'Tangis' itu berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial miliknya.

Menjengah di ruangan komen, ada di antara netizen yang membuat sp£kulasi bahawa kenyataan dimuat naik oleh Nabila seakan-akan memberi gambaran dia kini sedang hamil anak kedua.

"Adakah Nabila tengah hamil lagi?

"Nak keluar yang kedua (anak) ya, jadi lagi. Jaga diri Bella.

"Nombor dua ke? Semoga dipermudahkan segala urusan awak, tetap comel," antara komen-komen netizen.
Sebelum itu, Nabila mengimbas bagaimana dia mendapat tahu bayi dalam kandungannya tidak menunjukkan pergerakan seperti biasa sehingga doktor menyarankan agar penyanyi berkenaan dimasukkan ke wad pada malam itu.

Nabila bagaimanapun memberanikan diri meminta kebenaran untuk pergi ke konsert Misha dengan syarat tidak bergerak terlalu aktif, kerana tidak mahu melepaskan peluang menyaksikan persembahan penyanyi itu.

"Termenung sekejap, keluar bilik doktor, saya duduk dan tunggu. Tak tahu kenapa hati ini nak juga pergi konsert. Lepas tanya suami, saya beranikan diri tanya doktor boleh ke nak pergi konsert dulu sebelum masuk wad.

"Doktor tanya konsert berdiri atau duduk? Dia pesan suruh saya berseronok tetapi jangan str£s, jangan melompat pula. Punyalah saya teruja malam itu," katanya.

Untuk makluman, Nabila mendirikan rumah tangga dengan usahawan Nik Iruwan Nik Izani pada 18 November 2023 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Nik Muhamad yang dilahirkan pada 23 Disember tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.