08 September 2025

FATTAH AMIN & AMIRA OTHMAN SAH BAKAL BERNIKAH : "KAMI INSYA-ALLAH INGIN BERTUKAR STATUS DARI RAKAN SEKERJA KEPADA RAKAN SERUMAH"



Nampaknya hasrat peminat ingin melihat pasangan yang digelar Abang Long dan Kak Long iaitu Fattah Amin dan Amira Othman bersatu sebagai suami isteri akhirnya menjadi kenyataan apabila mereka mengumumkan bakal mendirikan rumahtangga pada 14 September nanti.

Tarikh berkenaan dipilih bersempena ulang tahun kelahiran Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 35.

Dalam satu majlis yang diadakan pada hari ini, Fattah yang merupakan seorang pelakon itu telah membuat k£jutan apabila hadir melamar Amira.

Ketika acara itu berlangsung, Fattah muncul dari belakang pentas semasa Amira dan adiknya, Irfan Haris menyanyikan lagu duet mereka berjudul 'Rasa & Takdir'.

Selepas itu, Irfan dilihat menyerahkan kunci kepada Fattah pada akhir persembahan sebagai simbolik kepada penyerahan tanggungjawab kepada pelakon itu kemudian memyerahkan kepada Amira.

Klik untuk gambar besar

Fattah yang tenang berada di atas di atas pentas, kemudian membuat satu pengumuman yang mengejutkan buat semua tetamu.

"Mesti ramai yang pelik saya ada di majlis pelancaran 'Rasa & Takdir'. Sebenarnya hari ini saya dan Amira, ada berita baik untuk diumumkan yang nak kongsi dengan semua.

"Seperti semua orang tahu kami adalah rakan sekerja dan selepas beberapa lama berkenalan, kami Insya-Allah ingin bertukar status dari rakan sekerja kepada rakan serumah" katanya.

Acara tersebut turut disaksikan oleh ibu bapa Amira iaitu Othman Abdul Kadir, 62, dan Nora Haji Arshad, 58, di tempat duduk penonton.
Bagaimanapun, pasangan berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai acara tersebut dan meninggalkan acara yang berlangsung.

Sebelum ini, k£coh di media sosial mendakwa Fattah bakal menamatkan zaman duda dalam waktu terdekat.

Khabar tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Thr£ads iaitu 'Kimchikims_' yang mendakwa dia mendapat maklumat itu daripada sumber boleh dipercayai.

Untuk makluman, Fattah pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan usahawan, Nur Fazura pada 27 November 2017, sebelum mereka disahkan bercerai pada 7 Oktober tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, Fattah dan Fazura dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang kini berusia 5 tahun.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.