07 September 2025

DIDAKWA BAKAL KAHWIN ISNIN INI - MICKEY BAKAL SUAMI NORA DANISH?



"Dua kali aku cuba, dua kali juga aku j@tuh. Tetapi aku masih percaya, cinta itu tetap wujud," demikian kapsyen yang ditulis jejaka bernama Mickey Ayo dalam hantaran yang dimuat naik di media sosial baru-baru ini.

Hantaran itu seakan-akan memberikan bayangan bahawa Mickey bakal melangsungkan perkahwinan lagi, sekaligus menamatkan zaman duda selepas tular video pendek merakamkan dirinya lengkap berbaju Melayu berona putih.

Tidak cukup dengan itu, video yang dikongsikan oleh jenama 'Sampin Exclusive' itu turut disertakan kad yang tertulis pangkal huruf 'M dan N' beserta tarikh 8 September 2025 (8-9-25).

Klik untuk gambar besar

Sebelum ini, nama pelakon Nora Danish, 43, hangat diperkatakan di media sosial susulan dakwaan telah menemui pengganti iaitu seorang lelaki berkopiah putih yang dikenali dengan inisial huruf 'M'.

Dalam hantaran berasingan, Mickey yang juga perunding kewangan itu ada menulis seakan-akan meluahkan rasa hati mengenai perjalanan cintanya.
"Ini bukan kali pertama aku sarung baju nikah, tapi aku harap kali ini jadi yang terakhir. Mungkin kali ini cinta bukan cinta pertama, tetapi biarlah jadi yang terakhir.

"Dua kali janji terputus, tetapi hati ini tidak g£ntar untuk mencuba sekali lagi. Tidak semua cinta bermula dengan kosong, ada yang bermula dengan luk@ namun berakhir dengan doa," katanya.
Terdahulu, Nora memuat naik foto bersama seorang lelaki berkopiah bercermin mata, sekali gus menguatkan dakwaan netizen bahawa dirinya kini sedang mengenali hati budi seorang lelaki berstatus duda yang mempunyai dua cahaya mata.

Meskipun Nora dan jejaka itu masih tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai status hubungan mereka, namun ramai sudah tidak sabar mendengar berita baik daripada kedua-dua pihak.
Bagaimanapun ada juga yang beranggapan video terbabit hanyalah sekadar gimik pemasaran jenama sampin berkenaan.

Apa pun, kita nantikan perjelasan kedua-dua belah pihak dan jika benar mereka ada hubungan dan bakal mendirikan bersama, tahniah kami ucapkan.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.