"Kami dilayan dengan baik oleh pihak pengurusan penjara dan dibenarkan melakukan pelbagai aktiviti, termasuk solat berjemaah, menyanyi dan juga bersolek.
"Saya dan dua rakan bukan banduan pesalah tetapi tah@nan r£man, jadi kami tidak dibenarkan bekerja. Rutin harian kami kebanyakannya menyanyi, berbual dan belajar mengaji al-Quran."
Itulah jelas penyanyi yang popular dengan lagu 'Bae Soba Bae' iaitu Eda Ezrin, dimana dia berkongsikan pengalamannya sepanjang sembilan bulan ditah@n di penj@ra Narathiwat, Thailand, sebelum dibebaskan sebulan lalu.
Eda menerusi sesi siaran langsung, berkata, dia dan dua rakannya ditempatkan di sebuah bilik besar bersama kira-kira 50 banduan lain, malah dia dilayan dengan baik serta dibenar untuk membuat palbagai aktiviti antaranya mengaji, bersolek dan menyanyi.
Kongsi penyanyi dikir barat Kelantan itu lagi, detik paling menyedihkan sepanjang berada di sana apabila berjauhan dengan mereka yang tersayang lebih-lebih lagi ketika Aidilfitri.
"Paling suk@r ialah apabila saya merindui anak-anak, suami dan keluarga, terutama ketika Hari Raya Aidilfitri. Ketika itu saya berasa sangat sedih dan h@ncur hati, dan yang mampu saya lakukan hanyalah berdoa," tuturnya.
Dalam perkembangan lain, Eda yang dibebaskan bersama suami dan empat yang lain pada 6 Ogos lalu selepas ditah@n pada November tahun lalu, telah mengeluarkan lagu baru berjudul 'Ku Gi Dulu' yang dilancarkan baru-baru ini.
Lagu berkenaan dicipta oleh Putra Amirul dan disiarkan menerusi video Tikt0k penyanyi dikir barat, Cikgu Sulizi atau nama penuh Sulizi Che Awang, 57.
Perkara itu diumumkan oleh Eda menerusi laman Facebook miliknya, dimana ia mendapat reaksi p0sitif daripada peminatnya yang memuji penyanyi itu mempunyai suara lunak dan masih sama seperti sebelum ini.
Peminat juga memberi kata-kata semangat termasuk mengucapkan supaya Eda atau nama sebenarnya, Wan Norshaheeda Azlin Wan Ismail, 30, lebih berjaya selepas ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.