14 September 2025

HASRAT EDA EZRIN MENANG AIM-24 TERCAPAI - LAGU 'BAE SOBA BAE' BERJAYA T£WASKAN 4 LAGU LAIN



Nampaknya hasrat penyanyi Eda Ezrin untuk memenangi Anugerah Industri Muzik 24 (AIM-24), akhirnya tercapai jua apabila lagu nyanyiannya bersama Den Manjo iaitu 'Cinta Setandan Pisang' atau 'Bae Soba Bae' diumum sebagai pemenang kategori Lagu Etnik Terbaik.

Dalam acara berprestij yang berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands, Pahang pada malam Ahad, itu menyaksikan karya ciptaan Eddie Hamid itu mengetepikan saingan empat lagu lain iaitu 'Menyantun Kasih' (Siti Nordiana), 'Magis' (Datuk Seri Siti Nurhaliza), 'Kalam' (Shiha Zikir) dan 'Oh Huminodun' (Elica Paujin).

Kemenangan itu sekaligus turut membolehkan mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM50,000 menerusi peruntukan Dana Kandungan Digital (DKD).

Klik untuk gambar besar

Dalam pada itu, Den Manjo meluahkan rasa syukur atas kemenangan buat kali pertama lagu dialek Kelantan di acara berprestij itu.

"Saya bersyukur kerana ini lagu Kelantan pertama yang menang di AIM. Alhamdulillah, terima kasih 'sek kito jange p£coh'," katanya.
Sementara itu, Eddie mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terus menyokong karya berteraskan budaya tempatan.

"Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong lagu Kelantan dan dikir barat seperti ini," tuturnya.

Sebelum ini, Eda memberitahu, pencalonannya di AIM-24 sudah cukup bermakna baginya, malah dia juga berharap lagu 'Bae Soba Bae' mampu memberi tuah.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.