"Saya sokong penuh. Nafkah anak bukan soal masa tapi soal tanggungjawab dan tanggungjawab tak pernah luput. Benda macam ni tak pernah ada kesudahan. Berhabis duit turun naik mahkamah tapi tiada apa-apa yang berlaku.
"Akhirnya kami ibu tunggal ini tetap kena teruskan. Tapi hut@ng tetap hut@ng," ujar pelakon Rita Rudaini, 49, dimana dia tampil memberi sokongan terhadap tindakan pelakon Raja Azura yang mahu menuntut nafkah anak-anaknya meskipun sudah 15 tahun bercerai.
Berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di media sosial, Rita atau nama sebenarnya, Rita Rudaini Mohammad Mokhtar, berkata, nafkah anak bukanlah isu yang boleh dipandang ringan, sebaliknya satu bentuk tanggungjawab.
Selain itu, Rita dalam masa sama turut menyentuh isu kesedaran jangka panjang, dimana ulasnya, ada bapa yang mula mendekati anak-anak semula hanya apabila usia dan kesihatan mereka semakin merundum.
Klik untuk gambar besar
Sebelum ini, Raja Azura memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran pelaksanaan penghakiman berkaitan nafkah tiga anaknya daripada bekas suami, Adzmin Osman.
Dalam pada itu, Raja Azura menjelaskan, dia tiada niat untuk mencari perbal@han, sebaliknya hanya ingin memastikan anak-anak mendapat hak yang sudah lama dilupakan.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.