17 September 2025

MENANG VOKAL LELAKI TERBAIK AIM24 - RYENALD GUNTABID DIPERS0AL, MALAH TURUT KENA 'B0DY SH4MING'



"Saya tidak sangka boleh menang (AIM24) sebab semua idola dalam kategori itu. Saya bersyukur dengan keputusan ini dan saya terima rezeki ini dengan tangan terbuka serta hati yang lapang.
"Bagi saya komen paling terk£san bila orang tidak kenal saya, cara mereka bertanya itu (seakan-akan) mempers0alkan kemenangan saya. Ada juga yang cakap saya g£muk, macam mana boleh nyanyi sedap seperti itu?"

Itulah ujar penyanyi baharu Ryenald Guntabid, 29, dimana dia tidak menyangka mampu meraih trofi Vokal Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24) yang berlangsung pada malam Sabtu lalu.

Kemenangan itu bagaimanapun mengund@ng pelbagai reaksi apabila ada yang mempers0alkan kelayakan Ryenald untuk mengetepikan penyanyi senior lain dalam kategori tersebut.

Dalam pada itu, Ryenald yang turut merangkul anugerah Penyanyi Baharu Terbaik itu berkata, bukan sahaja popularitinya dipers0alkan, namun ada juga netizen yang menyind1r bentuk fizikalnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.