17 September 2025

NAFI HUBUNGAN MESRA HADIE & AUDRA LEBIH DARIPADA SEKADAR KAWAN - INA NAIM TAK HALANG SEKIRANYA MEREKA DITAKDIRKAN BERSAMA



"Mereka (Hadie & Audra) hanya kawan dan rapat seperti adik-beradik. Jadi saya faham dengan situasi itu (dikenen-kenenkan), lebih-lebih lagi Hadie, Audra dan Ammar suka buat k0nten bersama.

"Kalau diikutkan pesera lain pun ada nak turut serta (buat k0nten) tapi terhalang dengan jadual kerja.

Demikian kata penyanyi Nordiana Mohd Naim, 41, mengenai hubungan anak sulungnya, Hadie dengan anak kepada pelakon, pengacara dan penyampai radio Sharifah Shahirah iaitu Audra Zulkifli, 16.

Nordiana atau Ina tampil menjelaskan bahawa Hadie dan Audra tidak lebih daripada sekadar rakan selepas kemesraan mereka menjadi perhatian apabila banyak pihak mula 'kenen-kenenkan' kedua-dua penyanyi remaja itu.

Menurut Nordiana atau Ina, anak lelakinya itu bukan sahaja rapat dengan Audra, malah dengan kesemua peserta Talk To My Manager, malah dia juga sentiasa meletakkan kepercayaan kepada Hadie, serta sering memberi pesanan agar anaknya itu bijak menjaga diri dan mengelak fitn@h.

Klik untuk gambar besar

Kata Ina lagi, setiap kali keluar bersama, mereka juga akan ditemani orang dewasa iaitu pengurus kepada Audra serta beberapa kenalan lain, selain dia juga tiada mas@lah dengan komen netizen yang mengusik dua remaja itu.

"Bila mereka keluar pun bukan berdua atau bertiga. Mereka akan keluar beramai-ramai. Insya-Allah saya percaya Hadie dan Ammar boleh kawal diri.

"Kalau mereka gembira saya pun gembira, cuma saya selalu pesan jaga bat@s dan jangan keluar berdua nanti jadi fitn@h, keluar ramai-ramai dan tempat terbuka.

"Saya percaya Hadie dia tak akan pergi ke tempat p£lik atau mengajak melakukan perkara p£lik," tuturnya yang turut berkata, dia tidak menghalang sekiranya suatu hari nanti Hadie dan Audra ditakdirkan bersama.
Dalam pada itu, Ina berkata, dia berharap agar Hadie atau nama penuhnya, Ehmad Hadie Elfardie mampu membimbing ke arah kebaikan sama seperti bapanya dahulu yang menerima dirinya.

"Kalau ikutkan arwah suami saya dulu pun nak wanita yang bertudung labuh tapi dia boleh tarik saya menjadi lebih baik dan wanita solehah.

"Jodoh pertemuan itu Allah tentukan, andainya berlaku dikemudian hari antara mereka mudah-mudahkan Hadie boleh bimbing macam mana bapanya membimbing saya," jelasnya.

Sebelum ini, hangat di media sosial mengenai kemesraan Hadie dan Audra yang sering membuat siaran langsung bersama, malah mereka juga didakwa lebih banyak meluangkan masa bersama berbanding dengan peserta lain.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.