"Betul, dia (Fatima) tak mahu lepaskan saya. Sebab kebetulan dia pun tengok daddy dia hilang sebab masa itu dia pergi ke belakang. Mungkin juga dia rindu.
"Jadi bila dia nampak saya, dia terus peluk. Kita pun tak sangka ingat bila dia dah peluk, dia nak lepas. Rupanya dia tak lepaskan Tapi, itulah mungkin dia rindulah.
"Saya pun sentiasa rindukan dia. Tapi Alhamdulillah, Amira seorang yang boleh terima dan dia (Amira) memang sangat memahami.
"Macam tadi pun (malam Ahad) dia (Fatima) tak tahu sama ada dia nak lepaskan saya atau tidak, tapi bila Amira kata, Fatima angguk itu yang saya bawa juga."
Itulah jelas pelakon Fattah Amin, 35, dimana dia menyifatkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya, 5, yang tidak mahu berenggang ketika majlis pernikahannya dengan penyanyi Amira Othman, 32, malam Ahad lalu, dimana katanya, mungkin disebabkan terlalu rindu.
Kata Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, dia juga sebenarnya tidak menjangkakan anaknya itu akan bertindak sebegitu apabila tidak mahu melepaskan dan berjauhan dengannya.
Menurut pelakon ini lagi, keutamaannya adalah ingin melihat isteri dan anaknya itu gembira pada majlis pernikahan berkenaan, selain meluahkan rasa syukur apabila semuanya berlangsung dengan baik.
"Masa 'rehearsal' kita tak macam itu (Fatima tak nak lepaskan Fattah). Tapi, semuanya berlaku sudah ditakdirkan macam itu. Apa yang penting, Amira gembira dan Fatima pun gembira, itu sudah cukup dah," ujarnya.
Sementara itu, mengulas mengenai kerjasama mereka pula, Amira berkata, dia dan suaminya itu akan terus menjadi 'rakan sekerja' berdua selagi ada rezeki mereka kerana lebih mudah dan senang.
Tutur Amira lagi, walaupun sekarang mereka sudah sah berstatus 'rakan serumah', dia dan Fattah okay sahaja sekiranya tetap mendapat peluang untuk jadi 'rakan sekerja'.
"Kalau dapat bekerjasama lagi, Alhamdulillah. Lagi senang. Tapi saya kena tanya bos (majikan) dululah, boleh ke atau tidak?" tutur Amira.
Disamping itu, Fattah pula menjelaskan, dia dan isterinya juga masih ada beberapa lagi k0ntrak kerja berdua yang belum selesai dan memerlukan menjadi 'rakan sekerja' seperti biasa.
Klik untuk gambar besar
"Sebab kita masih ada lagi k0ntrak-k0ntrak yang masih kena jadi rakan sekerjalah. Cuma sekarang kita dah 'upgrade' sebagai rakan serumah, rakan sebilik," kata Fattah secara berselor0h.
Dalam perkembangan lain, pasangan suami isteri popular itu enggan melepaskan peluang merakamkan lagu duet bersama untuk mengabadikan ikatan percintaan mereka.
Jelas Amira, dia dan Fattah memang bercadang mahu merakamkan lagu duet istimewa mereka bersama, tetapi harus dirancang dengan teliti terlebih dulu.
"Perancangan lagu duet bersama, ada jugalah. Tapi tak tahulah sempat ke, tak sempat (nak buat)," ujar Amira atau nama penuhnya, Nadia Amira Othman.
Manakala kata Fattah pula, perkembangan untuk menghasilkan lagu duet itu kini dalam proses pemilihan terakhir sebelum dimuktamadkan.
"Kita tengah 'finalise' lagu duet itu. Kiranya pr0ses untuk menyiapkanlah. Tak adalah nak cakap dah 'ready' (bersedia), tapi Insya-Allah. Perancangan itu memang ada (rakam lagu duet istimewa bersama). Tapi, sekarang tak sempat nak disiapkan lagi," tuturnya.
Sebelum ini, Fattah pernah muncul dalam muzik video lagu 'Bila Nak Kahwin?' nyanyian Amira pada Januari lalu, dimana mereka menjalani penggambaran bersama ke luar negara.
Sejak kerjasama dalam muzik video lagu itu, ia turut bawa rezeki kepada mereka dipilih menjadi duta bersama untuk beberapa pr0duk, termasuk muncul menjual pr0duk secara siaran langsung di media sosial.
Selepas hampir 10 bulan berkenalan dan rapat, Fattah dan Amira akhirnya selamat melangsungkan majlis pernikahan mereka yang diadakan pada tarikh istimewa, 14 September yang juga hari ulang tahun pelakon itu yang ke-35.
Hanya sekali lafaz, pasangan selebriti popular itu sah bergelar suami isteri pada jam 9.08 malam selepas mereka dinikahkan oleh jurunikah, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Dalam majlis pernikahan itu, Amira yang tampil menggayakan busana baju kurung moden berwarna putih rekaan Teh Firdaus, menerima seutas gelang emas sebagai mas kahwin.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.