16 September 2025

SOAL JODOH ADALAH KETENTUAN ILAHI - FARID KAMIL AKUI PERJALANAN HIDUP SEBAGAI DUDA BUKAN SESUATU YANG MUDAH & FOKUS UTAMANYA ADALAH TERHADAP DUA ANAKNYA



"Alhamdulillah, saya rasa tenang dan bersyukur dengan kehidupan sekarang. Walaupun bersendirian, saya tidak pernah rasa kesepian kerana matlamat saya adalah kelangsungan hidup anak-anak.
"Saya tidak boleh berdiam diri, sebaliknya perlu menambah pendapatan untuk masa depan mereka," ujar pelakon dan pengarah, Farid Kamil, 44, dimana dia mengakui perjalanan hidupnya dengan gelaran duda bukan sesuatu yang mudah dan fokus utamanya adalah terhadap dua anaknya, Muhammad dan Nur Aurora.

Kata Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, pelbagai suka duk@ dit£mpuhinya sejak enam bulan membawa diri selepas berpisah kali kedua dengan isterinya yang juga pelakon, Diana Danielle.

Dalam pada itu, tutur Farid lagi, dia mengenali bekas isterinya sejak 19 tahun lalu dan mencari pengganti bukanlah tindakan mudah, namun begitu dia juga tidak menutup pintu hati untuk menerima kehadiran orang baharu sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh semula.

Akui Farid, ketika bercinta dan berkahwin dahulu, seluruh jiwa raganya diberikan sepenuhnya kepada Diana dan berhubung itu, dia kini lebih berhati-hati untuk tidak mengulangi perkara sama.

Mengulas mengenai kehidupannya lagi, Farid berkata, dia juga aktif membabitkan anak-anaknya dalam sukan bola sepak sebagai asas pembangunan mereka, malah Aurora kini bermain bersama KL Rangers, manakala Muhammad mengikuti latihan intensif hampir setiap hari.

"Pendidikan tetap keutamaan mereka, tetapi saya galakkan penyertaan dalam sukan kerana ia membina disiplin dan falsafah hidup. Dunia kini sudah berubah, peluang yang ada jangan kita lepaskan," kata pelakon filem 'Bisikan D0sa' dan Lagenda Budak S*tan' itu.

Disamping itu, Farid turut mengulas mengenai lelaki yang dikatakan sering kali cepat 'move on', namun baginya soal jodoh adalah ketentuan Ilahi, selain menurutnya lagi, ada wanita yang lebih dahulu berkahwin selepas bercerai, ada pula lelaki yang lambat dan semua itu bergantung pada jiwa serta matlamat hidup seseorang.

Farid dalam masa sama juga men£gaskan, perkahwinan tidak seharusnya dijadikan jalan keluar daripada rasa kesepian kerana ikatan itu menuntut peng0rbanan lebih besar.

Dalam perkembangan lain, dari sudut bisnes pula, Farid kini membuka lembaran baharu dalam kerjayanya apabila tampil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), NeoFK Motorsport yang memberi fokus kepada penjualan motosikal elektrik (EV).

Menurutnya, langkahnya menceburi bidang perniagaan berasaskan teknologi hijau itu adalah kesinambungan daripada minatnya terhadap dunia permotoran yang sinonim dengan dirinya.

"Alhamdulillah, walaupun perancangan agak singkat, kami berjaya melancarkan pr£mis ini. Keistimewaan motosikal elektrik ini adalah reka bentuk dan reka ciptanya dihasilkan oleh anak tempatan, sekali gus menarik perhatian saya.

"Bagi saya, permotoran juga adalah seni. Tambahan pula, motosikal ini dihasilkan oleh anak tempatan. Itu membuatkan saya ingin tahu cara pemikiran mereka dalam mencipta sesuatu yang baharu.

"Sasaran utama saya ialah membantu mengurangkan penc£maran bumi dan udara, selain memberi pilihan lebih mesra alam kepada rakyat Malaysia dengan harga berpatutan serta kos penyel£nggaraan rendah," jelas Farid yang turut memaklumkan, dunia lakonan tetap tidak ditinggalkan, walaupun sibuk sebagai CEO.

"Buat masa sekarang saya beri tumpuan 100 peratus kepada penjualan motosikal ini kerana r£bat kerajaan hanya berjalan hingga hujung tahun. Lakonan tetap ada, cuma keutamaan saya kini adalah memastikan bisnes ini berjaya," ulasnya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.