16 November 2025

JALANI KEM0TERAPI - ELYANA KONGSI KEADAANNYA, S4KIT BADAN SAMPAI TAK BOLEH TIDUR : "ERA BARU SAYA"



"Kem0terapi. Era baru saya," itulah tulis penyanyi dan pelakon, Elyana, 38, sambil menyanyi dalam keadaan ceria menerusi video yang dimuat naiknya di media sosial miliknya.
Dalam perkongsian itu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, tetap kelihatan ceria walaupun sedang berada di hospital untuk menjalani kem0terapi disebabkan peny@kit kans£r limf0ma dihidapinya.

Sementara itu, dalam hantaran lain pula, Elyana turut berkongsi mengenai keadaannya yang sentiasa bangun pada awal pagi kerana tidak boleh tidur akib@t s@kit badan.

"Pukul 3 (pagi) bangun, pukul 4 bangun, pukul 5 bangun, tak boleh nak tidur, s@kit badan macam angin kot.

"Sekarang kita baru masukkan 'control lock' ubat angin kat dalam ni dan kembung sangat, perut keras, badan tak selesa nak tidur macam kena picit belakang sebelah kiri ni. Saya dah sapu minyak angin," tuturnya.

Meninjau di ruangan komen, netizen memberikan kata-kata semangat termasuk menyifatkan Elyana sebagai seorang pejuang kans£r berjiwa k£ntal.

"Elyana pejuang kans£r yang kuat. Semoga Elyana sentiasa sihat dan dikembalikan semula kesihatan seperti dulu."

"Stay strong dik. Moga satu hari nanti adik sembuh sepenuhnya."

"Semoga cepat sihat dan dipermudahkan rawatan."

"Moga diberikan kesembuhan Elyana dan dipermudahkan segala urusan," antara kata-kata netizen.

Sebelum ini, kira-kira dua tahun lalu Elyana berkongsi berita gembira apabila disahkan bebas daripada penyakit kans£r limf0ma yang dihidapinya sejak 11 tahun lalu.

Pada 2017 ketika menyertai program Gegar Vaganza (GV), Elyana pernah mendedahkan dirinya adalah penghidap kans£r limf0ma tahap empat.

Untuk makluman, Elyana mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin pada 2010 dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan Cinta Sumayyah, 14, dan anak angkat, Cahaya Ramadhani, 6.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.