"Terima kasih kepada para juri atas kepercayaan ini. Anugerah ini untuk semua individu yang menjadi tulang belakang saya termasuk keluarga dan seluruh pr0duksi Babah. Saya janji akan tambah baik kualiti lakonan. Anugerah ini untuk Malaysia."
Demikian kata pelakon Sweet Qismina, 28, dimana dia terus melakar sejarah dalam kanvas seninya apabila diumumkan sebagai pemenang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik ASEAN International Film Festival & Awards 2025 (AIFFA2025) yang berlangsung di sini, semalam.
Dalam majlis anugerah itu, Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi, yang membawa watak Maya dalam filem 'Babah' itu telah men£waskan Hong Dao-chi Dau dari Vietnam, Imelda Budiman (Indonesia), Zulfa Maharani (Indonesia) dan Katrina Halili (Filipina).
Sebelum ini, Sweet yang merupakan isteri kepada pelakon Adam Lee itu turut dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik FFM34 menerusi filem sama.
Sweey sekali lagi berjaya memikat hati juri yang melayakkannya mengungguli trofi Pelakon Pembantu Wanita AIFFA2025, sekali gus menjadi trofi kedua dimenangi pelakon itu sejak dua dekad bergelar anak seni.
Klik untuk gambar besar
Pemilik trofi Pelakon Lelaki Terbaik AIFFA2025 pula dibolot pelakon Wu Kang-ren yang turut memahat kejayaan terbaharu menerusi filem 'Abang Adik', men£waskan pencab@r Qi Razali (Babah), Jansen Magpusao (Filipina), Le Phong Vu (Vietnam) dan Jomari Angeles (Filipina).
Kategori Pelakon Wanita Terbaik dimenangi oleh pelakon Indonesia, Yunita Siregar yang menampilkan lakonan luar biasa dalam filem 'Home Sweet Loan'.
Disamping itu, filem 'Tenement' dari Kemboja dinobatkan sebagai Filem Terbaik, sekali gus men£waskan tujuh pencalonan lain.
Tujuh pesaing lain ialah filem Inside the Yellow Cocoon Shell (Vietnam), Some Nights I Feel Like Walking (Filipina), Abang Adik (Malaysia), The Gospel of the Beast (Filipina), Crocodile Tears (Indonesia) dan Home Sweet Loan (Indonesia).
Filem 'Tenement' sebuah karya s£ram yang diadaptasi daripada novel popular berjaya memikat panel juri dengan penceritaan gelap dan nuansa mist£rinya.
Bagi kategori Pengarah Terbaik, kemenangan menjadi milik Pham Thien An dari Vietnam menerusi filem 'Inside the Yellow Cocoon Shell'.
Manakala kategori Lakon Layar Terbaik (Best Screenplay) pula dimenangi filem 'The G0spel of the B£ast' dari Filipina.
Filem Inside the 'Yellow Cocoon Shell' (Vietnam) turut merangkul kategori Penyuntingan Filem Terbaik, sementara filem 'Some Nights I Feel Like Walking' (Filipina) diumumkan sebagai pemenang Sinematografi Terbaik.
AIFFA 2025 juga menganugerahkan dua Anugerah Khas Juri, masing-masing filem 'Tegkang' dari Malaysia dan Waiters dari Brunei.
Selain itu, pengarah tersohor Filipina, Lav Diaz menerima Anugerah Sepanjang Zaman, manakala Anugerah Inspirasi ASEAN diberikan kepada pelakon legenda Hong Kong, Simon Yam.
AIFFA2025 yang mula diperkenalkan sejak 2013 dan mengangkat tema 'Under The Star' tahun ini berlangsung di Colosseum Ballroom, Pullman Hotel, Kuching hari ini.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.