"Mencintai awak terasa seperti pulang ke tempat yang saya tidak pernah tahu saya hilang."
Itulah tulis usahawan, Nedim Nazri menerusi hantaran di media sosial, dimana ia sekali lagi mencvri tumpuan netizen selepas berkongsi luahan perasaan cinta terhadap pelakon Nadia Brian.
Nedim menerusi kapsyen yang cukup menyentuh hati, berkata, berjumpa dengan Nadia adalah pilihan tepat kerana wanita itu berjaya mengembalikan dirinya yang pernah hilang dan membuatnya merasa lengkap semula.
Melihat pada Hantaran yang dimuat naik itu, ia memaparkan foto kedua-dua Nedim dan Nadia berpegangan tangan sambil berjalan di sebuah kawasan tasik.
Klik untuk gambar besar
Lebih menarik perhatian, Nadia turut meninggalkan komen bal@s yang penuh kasih sayang terhadap Nedim.
"Saya juga, baby (panggilan Nedim), saya sayang awak," tuturnya yang menerima komen bal@s Nedim apabila dia memanggil Nadia dengan panggilan sayang, menandakan hubungan mereka semakin s£rius dan terbuka.
Sebelum ini, Nedim dilihat tidak lagi menyembunyikan hubungan rapatnya bersama Nadia apabila memuat naik foto mereka berpegangan tangan di media sosial, sekali gus menamatkan sp£kulasi mengenai status mereka.
Malah, Nadia menerusi temu bual mendedahkan bahawa dia menerima mesej peribadi (DM) daripada bekas isteri Nedim iaitu pelakon Nora Danish yang membuatkannya tersentuh dengan penerimaan diberikan.
Untuk makluman, Nedim pernah mendirikan rumah tangga dengan Nora pada 30 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Neyqal, sebelum mereka disahkan bercerai pada Julai 2024.
Sementara itu, Nadia pula pernah berkahwin dengan ahli perniagaan, Muizz Nasruddin, pada 9 November 2019, sebelum bercerai secara sah pada April 2021.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.