Adik kepada pelakon dan penyanyi, Bella Astillah iaitu Didi Astillah dilaporkan telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan pilihan hatinya, Diniey Ng pada Sabtu.
Difahamkan, majlis pertunangan Didi dan Diniey berlangsung secara tertutup di sebuah hotel mewah di Kuala Lumpur dan hanya dihadiri oleh keluarga serta rakan-rakan rapat.
Dalam majlis tersebut, Didi dilihat mengenakan baju kurung, manakala Diniey pula memakai baju Melayu berwarna merah jambu lembut.
Sementara itu, tular sebuah video di media sosial yang memaparkan Bella sedang mengesat air matanya secara bersembunyi kerana sebak menyaksikan adiknya yang juga penyanyi dan pelakon itu kini sudah menjadi tunangan orang.
Sebelum ini, Didi menerima kejutan lamaran daripada Diniey apabila kekasihnya itu melutut sambil menyerahkan sebentuk cincin ketika acara konsert ambang Tahun Baharu 2026 di Sunway City Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.
Detik itu dikongsikan menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, dimana ia turut memaparkan Diniey bersalaman dengan ibu Didi yang juga ada di tempat berkenaan.
Dalam pada itu, Didi meluahkan rasa gembira, Didi atau nama sebenarnya Dayang Nazilah Awang Astillah, 30, menyifatkan detik itu sebagai permulaan baharu untuk tahun ini.
KLIK DISINI UNTUK FOTO-FOTO SEKITAR MAJLIS PERTUNANGAN DIDI ASTILLAH & PASANGANNYA
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.