29 March 2026

ANAK SULUNG SELAMAT BERTUNANG - ABBY ABADI BERSYUKUR, DOA DIPERMUDAHKAN URUSAN



"Alhamdulillah, selamat bertunang Danish Hakim dan Shalinda. Semoga Allah mudahkan segala urusan untuk ke fasa seterusnya, amin.

"Antara yang menarik : Jika ALLAH izinkan, jadi ke peringkat seterusnya, Danish dan Shalinda akan ada 4 ibu ya. Mama, Mummy dari belah Danish & Mak & Ibunya dari belah Shalinda.

"Bukan hanya Ibu 4, Ayahnya juga 4 ye. Papa, Abah.. Daddy & Ayah. Meriah bukan? Mewah dengan doa dari Ibu Bapa ni. Semoga hidup semakin diberkati ye anak-anak."

Demikian tutur pelakon Abby Abadi, 48, menerusi media sosial, dimana dia berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim selamat bertunang dengan gadis pilihan hati dikenali Shalinda, pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar

Melihat pada perkongsian itu, Abby atau nama sebenarnya, Arbaiyah Abdul Manan, turut menitipkan doa agar segala urusan anaknya bersama pasangan dikenali Shalinda dipermudahkan hingga ke fasa seterusnya.

Dalam hantaran sama, Abby juga berkongsi momen menyarungkan cincin kepada bakal menantunya yang dipercayai berasal dari Singapura.

Bagaimanapun, Abby tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pertunangan tersebut, namun difahamkan ia berlangsung dalam suasana sederhana dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak.

Majlis pertunangan itu turut dihadiri bekas suaminya, Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza serta anak-anak mereka. Untuk info, hubungan cinta Danish dan Shalinda mula mencuri perhatian ramai sejak tahun lalu.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.