"Alhamdulillah, selamat bertunang Danish Hakim dan Shalinda. Semoga Allah mudahkan segala urusan untuk ke fasa seterusnya, amin.
"Antara yang menarik : Jika ALLAH izinkan, jadi ke peringkat seterusnya, Danish dan Shalinda akan ada 4 ibu ya. Mama, Mummy dari belah Danish & Mak & Ibunya dari belah Shalinda.
"Bukan hanya Ibu 4, Ayahnya juga 4 ye. Papa, Abah.. Daddy & Ayah. Meriah bukan? Mewah dengan doa dari Ibu Bapa ni. Semoga hidup semakin diberkati ye anak-anak."
Demikian tutur pelakon Abby Abadi, 48, menerusi media sosial, dimana dia berkongsi khabar gembira apabila anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim selamat bertunang dengan gadis pilihan hati dikenali Shalinda, pada Sabtu.
Klik untuk gambar besar
Dalam hantaran sama, Abby juga berkongsi momen menyarungkan cincin kepada bakal menantunya yang dipercayai berasal dari Singapura.
Bagaimanapun, Abby tidak berkongsi secara terperinci mengenai majlis pertunangan tersebut, namun difahamkan ia berlangsung dalam suasana sederhana dengan kehadiran keluarga kedua-dua belah pihak.
Majlis pertunangan itu turut dihadiri bekas suaminya, Norman Hakim bersama isteri, Memey Suhaiza serta anak-anak mereka. Untuk info, hubungan cinta Danish dan Shalinda mula mencuri perhatian ramai sejak tahun lalu.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!












No comments:
Post a Comment