06 November 2011

12 GAMBAR NOSTALGIA ZIZIE EZETTE & SHAHEIZY SAM


Bak kata pepatah, sambil menyelam, minum air... Jadi untuk nostalgia artis kali ini, myartis paparkan koleksi zaman kanak-kanak Zizie Ezette dan sekaligus beberapa keping gambar adiknya Shaheizy Sam.

Untuk info, Zizie dan Shaheizy, adalah anak kepada dramatis Khaty Fudziah Musa. Bapa mereka ialah bekas Timbalan Ketua Polis Negeri Selangor, Allahyarham Abdul Samad Jaaman.

Mereka mempunyai tiga adik beradik lain yang turut terlibat dalam bidang seni iaitu Ahmad Shah Al-Jeffry (Jeff) bekas kumpulan A to Z, Samzy Fuzette yang pernah mencuba nasib dalam bidang lakonan tetapi kini aktif dalam bidang perniagaan dan Jozieta Ronalie Abdul Samad.

Zizie telah melibatkan diri dalam bidang lakonan ketika dia berusia 14 tahun lagi. Semuanya bermula setelah kematian bapanya pada 9 April 1995 akibat penyakit kanser yang kronik.





Tuah Zizie terus memuncak apabila dia mendapat tawaran berlakon dalam filem Kekasih Awal dan Akhir pada tahun 1993. Walau mulanya bapanya tidak suka Zizie menjadi artis, namun akhirnya Allahyarham terpaksa merestui.

Sementara Sam pula, setelah kejayaan Zizie dan Jeff, Sam akhirnya menurut jejak langkah mereka apabila muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Sama Tapi Tak Serupa ketika dia berusia 12 tahun. Ketika itu Sam bergandingan dengan pengacara terkenal, Aznil Nawawi serta kakaknya sendiri.

Pada tahun 1998, selepas tamat menduduki peperiksaan PMR, Sam muncul dalam drama TV berjudul Pa'e arahan Shaharuddin Sulaiman. Bertitik tolak daripada drama inilah nama Sam meniti di bibir peminat.

Bakat Sam seterusnya benar-benar terserlah apabila diberi peluang membawakan watak remaja yang kurang kasih sayang hingga melayakkan drama itu menerima 2 pencalonan di Anugerah Skrin 1998.

Kemudian tanpa disangka Sam akhirnya berjaya menempa nama sebagai pelakon paling popular melalui filem kontroversi Bohsia: Jangan Pilih Jalan Hitam (2009) dan Adnan Sempit (2010).

Klik untuk imej besar...























All photo copyright myartis.com

No comments: