07 October 2011

GAMBAR NOSTALGIA ABBY ABADI


Pengalaman mengajar kita menjadi lebih dewasa dan menjadi lebih matang dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau duri. Dalam hal ini, Abby Abadi turut tidak terlepas daripada hakikat tersebut apabila diuji dengan pelbagai masalah yang melanda kehidupannya.

Namun begitu, tahukah anda bahawa sikap Abby sejak kecil sebenarnya suka bersendirian? Malah sejak dulu juga Abby amat sensitif dan cepat kasihan pada golongan yang tidak bernasib baik contohnya pengemis.

"Jujur saya katakan, kalaulah saya ditakdirkan mempunyai sedikit harta suatu hari nanti, saya akan cuba membantu golongan miskin dan seterusnya menempatkan mereka di sebuah kediaman yang selesa. Insa'Allah," ujar Abby dalam satu temuramah dengannya kira-kira 13 tahun lalu.

Istimewa kali ini, jom kita lihat gambar-gambar nostalgia Abby yang sememangnya 'comot' di zaman kanak-kanaknya itu.

Biodata:
Nama sebenar: Arbaiyah Abdul Manan
Tarikh lahir: 1 Disember 1977
Asal: Kuala Lumpur
Adik beradik: Bongsu daripada 6 beradik
Makanan kegemaran: Yang pedas-pedas

Klik untuk imej besar...




Gambar tengah - ibu bapa Abby

No comments: