27 November 2013

13 GAMBAR NOSTALGIA IEDA & EDDY MOIN


Mungkin watak Ieda Moin dalam Benci VS Cinta nampak tak seberapa, hanya wanita penempel yang selalu ke kedai ikan atau ke kedai ayam sambil melatah. Namun bagi Ieda Moin, rasanya ia sesuatu yang besar bagi kerjaya seninya memandangkan bukan mudah untuk mendapat job lakonan sekarang.

Ini kerana, jika dulu namanya cukup mekar di pentas nyanyian, kini Ieda Moin hanya dikenali dalam lakonan sahaja.

Untuk info, Ieda pernah popular dalam bidang nyanyian menerusi kumpulan Moin bersama adiknya, Eddy pada era 1990-an.




Kali terakhir dia aktif dalam nyanyian pada 2003 dan ketika itu masih berstatus bujang. Pernah menganggotai kumpulan Dewi, Ieda yang popular dengan lagu Abadi Cintaku bersama Moin memaklumkan dia dalam perancangan untuk membuat ‘comeback’ di pentas nyanyian.

“Jujur dikatakan, tidak pernah terlintas di fikiran saya bahawa ada unsur komedi di dalam diri ini. Saya tidak pernah akan lebih dikenali ramai dengan karakter komedi," ujarnya berseloroh.

Istimewa untuk pelawat myartis.com, kami ketengahkan gambar-gambar nostalgia Ieda bersama adiknya Eddy yang pernah kami siarkan sekitar tahun 2000 dahulu. Bukan apa, kata orang... tiada yang dulu, maka tiada yang baharu. Tak gitu?


GAMBAR-GAMBAR NOSTALGIA  
Klik gambar untuk imej besar...
























IEDA SEKARANG... 



No comments: