27 November 2013

GOSIP CINTA SHARNAAZ & ELFAEZA HANGAT DI SINGAPURA


Baru beberapa hari lalu Sharnaaz Ahmad mengumumkan persaraannya daripada dunia lakonan, tiba-tiba timbul pula gosip terkini mengenainya dengan pelakon Elfaeza Ul Haq. Mereka didakwa hangat bercinta oleh peminat di Singapura dan sekaligus mendapat liputan luas media di sana.

Bila ditanya mengenai gosip ini, Elfaeza, 28, mengakui khabar angin tersebut memang wujud dan ia turut disiarkan oleh sebuah saluran radio Singapura.




"Tak sangka pula media di Singapura turut mengambil serius dengan gosip itu kerana ia merupakan perkara tidak benar.

"Berita itu disampaikan kepada saya selepas dia mendengar gosip berkenaan di radio. Mujurlah keluarga saya tidak hairan dengan gosip tersebut," kata Elfaeza yang turut berasal dari Kota Singa itu.



"Saya berharap agar khabar angin percintaan saya dengan Sharnaaz tidak lagi menjadi isu memandangkan tiada apa-apa perhubungan yang terjalin antara kami melainkan sekadar rakan artis," jelasnya.

Terdahulu, pelakon yang popular menerusi drama Adam dan Hawa itu berkata, tawaran lakonan yang diterimanya pada tahun ini tidak sebanyak tahun lalu. Namun dia tetap berpuas hati kerana kebanyakan watak yang diterima kesemuanya peranan utama.



"Ini menunjukkan para penerbit mula mempercayai bakat lakonan saya yang mana sebelum ini mereka kurang yakin dengan saya.

"Walaupun tidak banyak tawaran yang saya terima pada tahun ini tetapi watak yang saya dapat semuanya peranan penting.

"Ini merupakan peluang saya untuk menonjolkan bakat kepada penonton yang masih belum mengenali saya lagi," ujarnya.

No comments: