03 October 2011

EKSKLUSIF: GAMBAR NOSTALGIA ERRA FAZIRA


Bagaimanakah rupa Erra Fazira yang kita ketahui comel molek itu ketika kecil? Myartis menyiarkan kembali gambar-gambar nostalgia Erra yang kami pernah siarkan sekitar tahun 2000 khas untuk anda... enjoy!!

Klik untuk imej besar...


Biodata:
Wan Fazira atau lebih dikenali sebagai Erra, memang mempunyai minat menyanyi dan menari sejak kecil. Dia merupakan seorang yang aktif di sekolah dan mengikuti banyak persatuan seperti Pramuka, St Ambulans, Kelab Kebudayaan, dan bahasa Inggeris. Erra juga aktif dalam bidang olahraga dan pernah mewakili sekolah dalam netball. Bagaimanapun, Erra sering pindah sekolah disebabkan hal-hal yang tidak dapat dihindarkan. Antara sekolah yang pernah dimasukinya adalah:

TK Jalan Pahang
Sekolah Rendah Kebangsaan Setapak Kuala Lumpur
Sekolah Kebangsaan Ampang, Selangor
Sekolah Kebangsaan Gombak, Selangor.
Sekolah Menengah Kebangsaan Gombak Setia Selangor
Sekolah Menengah Kebangsaan Kuala Labu Baru (asrama), Negeri Sembilan
Sekolah Menengah Puteri Titiwangsa Kuala Lumpur
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Sentul, Kuala Lumpur.

Erra akhirnya menjadi artis rakaman Polygram Records untuk mengembangkan bakatnya sebagai penyanyi. Setelah itu, dia menceburi pula bidang perfileman melalui filem pertamanya, 'Sembilu' yang diarahkan oleh Datuk Yusof Haslam.

Erra telah berkahwin dengan Yusry Abdul Halim pada tahun 2003. Namun tidak lama kemudian mereka bercerai. Selepas beberapa tahun, Erra mengambil keputusan untuk berkahwin semula dengan Engku Emran.

Klik untuk imej besar...



All photos copyright myartis.com

No comments: