04 October 2011

ZAHID IKUT JEJAK BOB LOKMAN..??


Khabar angin bertiup kencang mendakwa Zahid AF2 kini mengikut jejak langkah Bob Lokman menyertai sebuah parti Islam. Dakwaan tersebut timbul gara-gara penyanyi tersebut mengikuti konvoi jambori ARC ke gunung jerai anjuran parti tersebut baru-baru ini.

Bagaimanapun, bagi myartis ia sebenarnya belum terbukti sahih selagi Zahid belum menjelaskan secara jelas pendiriannya. Malah sebagai artis, Zahid juga berhak untuk 'cari makan' dengan mengikuti aktiviti yang mungkin berbayar untuk mengisi periuk nasinya.

Klik untuk imej besar...



Jangan kerana semata-mata 'ikut' berkonvoi, ia sudah dicop sebagai 'menyokong'. Usah jadi seperti Wardina yang terus dituduh menyokong hanya disebabkan memberi motivasi tentang keibubapaan di majlis anjuran sebuah parti politik.

Selain itu, soal politik bukanlah satu isu yang boleh sewenangnya dicampur adukkan sehingga ia mampu membunuh karier seseorang artis itu. Kerana kita semua sedia maklum bahawa Malaysia mengamalkan sistem demokrasi yang membolehkan semua rakyatnya bebas memilih. Tak gitu..??




No comments: