04 November 2011

12 GAMBAR NOSTALGIA LINDA ONN


BIODATA:
Nama: Rozlindah Onn
Nama glamor: Linda Onn
Tarikh lahir: 26 November 1977
Bintang: Sagittarius
Tempar lahir: Singapore
Kerjaya: Radio announcer, TV presenter, actress
Status: Bujang

SOALAN NOSTALGIA BERSAMA LINDA ONN

Myartis: Ikhlasnya, Linda nak suami yang macamana?

Linda Onn: Linda nak suami yang berlainan kerjaya dan bukan yang sama-sama dalam bidang seni. Memanglah kalau ikut akal waras, jika sama kerjaya kita boleh memahami penat-lelah masing-masing, tapi bagi Linda tidak begitu. Bayangkan kalau suami kita tu bercerita tentang benda yang sama mengenai dunia seni... kan ke boring? Tapi kalau cerita benda lain seperti dunia korporat ke... atau yang lain-lain baru ada pertukaran idea. Oleh yang demikian, kalau dapat anakpun taklah sama 'kepala' tetapi lain dari yang lain.





Myartis: Bagaimana dari segi usia?

Linda Onn: Kalau boleh Linda nak yang lebih tua. Tapi kalau dapat yang lebih muda... kira Nasiblah!

Myartis: Okey... sekarang ni ada tak mana-mana lelaki yang cuba-cuba nak mengurat Linda?

Linda Onn: Ramai juga. Ada yang sampai nak curah perasaan pun ada... tapi Linda ni macam Ally Mcbeal, bila nampak lelaki ada saja masalah yang timbul. Sebenarnya dalam hal ini Linda tak kisah sangat, siapa yang pandai ngurat dialah yang menang! Dulupun masa Linda kat kolej, ada juga lelaki yang memikat hati Linda. Tapi entah kenapa, hubungan kami terputus ditengah jalan dan Linda sekarang dah tak kisah dengan semua tu.

Myartis: Kalau macam tu, bila pula Linda nak mulakan perkenalan baru dalam usia sekarang ni?

Linda Onn: Rasanya lebih senang kalau lelaki yang di kolej tu datang kembali kerana tak perlu lagi berkenalan atau menghabiskan masa menjalin hubungan baru. Sebab bila dah kenal, kita boleh terus kahwin. Tapi nak cari kenalan baru ni, Linda payah sikit nak buat.

Myartis: Kenapa sampai macam tu?

Linda Onn: Kalau nak tahu, Linda ni jenis yang malas nak berdating. Kalau dah suka seseorang tu, Linda okey aje kerana malas nak cari orang lain.

Myartis: Kalau keluarga Linda yang tolong pilihkan bagaimana... boleh terima ke?

Linda Onn: Boleh!! No problem...! Linda memang tak kisah sebab kalau ibu sanggup berkorban untuk diri ini kenapa pula Linda tak boleh? Sebenarnya kalau keluarga yang tolong pilih lagi bagus, tak payah Linda tercari-cari lagi. Tapi kena sesuaikan dulu dengan citarasa... kalau sekali dua date tak ada sefahaman atau tak ngam, tak bolehlah!

Myartis: Baiklah Linda... kita tutup cerita bab kahwin! Boleh bagi komen kenapa Linda ni nampak lasak sikit berbanding wanita-wanita lain yang lemah-lembut?

Linda Onn: Nak tahu kenapa? Sebabnya... kalau Linda tak buat macam ni takut senang kena 'makan' pulak. Kat Kuala Lumpur ni kan ke banyak buaya darat, jadi kita kenalah berani.

Myartis: berani sangat ke ni?

Linda Onn: Berani tapi takut (ketawa). Dalam hati Tuhan sahaja yang tahu. Ikhlasnya, Linda suka ambil sikap berhati-hati dan tak mudah keluar dengan mana-mana lelaki. Tapi kalau nak keluar juga, Linda pasti akan bawa teman. Bukan apa, Linda ni memang tak percaya sangat dengan lelaki sebab walaupun lasak, tahu-tahu sahajalah tenaga kita jika nak dibandingkan dengan lelaki mana kita terdaya nak melawannya.



















<



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...