19 October 2011

GAMBAR NOSTALGIA ALI 'XPDC'


SEJAK disingkirkan dari XPDC beberapa tahun lalu, Ali atau nama sebenarnya, Mohd Ali Ismail, ternyata 'memulang paku buah keras' pada bekas kumpulannya bahawa XPDC tidak akan mampu 'survived' tanpanya. Malah pergabungan kembali Mael juga dilihat gagal membawa XPDC kembali ke zaman kegemilangan kumpulan itu sebelum ini.

“Sebenarnya, saya tidak suka bercakap soal penyingkiran atau perpecahan dalam XPDC. Biarlah saya buka buku baru dan lupakan apa yang sudah berlaku.

“Ini kerana, kami disingkirkan atas sebab peribadi yang tidak perlu saya ceritakan. Biarlah ia menjadi sejarah.

“Apa yang menjadi masalah ialah peminat sendiri sukar menerima hakikat saya sudah tidak lagi bersama XPDC. Saya tidak boleh ubah pemikiran mereka dalam jangka masa singkat,” katanya beberapa tahun lalu.

Istimewa untuk peminat Ali, jom kita imbas kembali nostalgia penyanyi rock terhebat itu ketika zaman kanak-kanaknya.



BIODATA:
Nama sebenar: Mohd Ali Ismail
Nama komersil: Ali
Tarikh lahir: 23 Oktober 196..?
Pendidikan: SPM
Sekolah: Sekolah Menengah Hamzah, Port Klang, Selangor
Tinggi: 5' 9"





No comments: