26 November 2013
10 GAMBAR NOSTALGIA JACLYN VICTOR
Di sebelaik keceriaan yang terpapar di wajahnya, mungkin tak siapa menyangka Jaclyn Victor pernah hidup dalam keperitan dan selubungi kemiskinan. maksudnya, kemiskinan yang hingga mencapai tahap tidak mempunyai makanan untuk di makan.
Namun itu bukan satu alasan untuk merungut kerana ia tetap harus dilalui dengan tabah. Katanya dia tidak malu untuk berkongsi kisah hidup kerana itulah yang memotivasikan dirinya untuk terus melangkah ke depan.
"Memang saya dilahirkan dalam keluarga yang miskin dan serba kekurangan. Bapa saya Joshua T. Victor sudah meninggal dunia kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya di Johor ketika usia saya 10 tahun. Di sinilah bertambahnya desakan hidup kami apalagi ayah tidak mempunyai sebarang harta peninggalan untuk kami," ujar Jac serba ringkas.
Namun segala-galanya berubah apabila Jac memenangi Malaysian Idol pada tahun 2004. Hidup mereka sekeluarga kini akhirnya berjaya keluar daripada kepompong kemiskinan. Istimewa untuk pelawat myartis.com, kami paparkan gambar-gambar nostalgia Jac sejak kecil.
Klik gambar untuk imej besar...
JAC SEKARANG...
Labels:
gambar menarik,
gambar sana -sini,
Nostalgia artis
No comments:
Post a Comment