Wardina Safiyyah... pelakon, penulis, penceramah motivasi dan pengacara TV3 yang amat sopan, manis dan senantiasa mengutamakan keluarganya. Daripada tidak bertudung meneroka dunia seni bersama-sama Sarimah Ibrahim, kini bertudung sopan memberi inspirasi kepada artis-artis lain agar menjaga kehormatan.
Eksklusif dan istimewa di myartis, ayuh kita selongkar kembali gambar-gambar nostalgia Wardina yang penuh kenangan manis. Bagaimanapun, bagi menghormati artis ini... myartis tidak siarkan gambar-gambar tidak bertudung ketika beliau mula-mula menjejakkan kaki ke dunia penuh glamor ini. Harap maklum!!
BIODATA:
Nama: Wardina
Nama Sebenar: Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot
Tarikh Lahir: 5 Jun 1979
Tinggi: 5'6"
Pandangan mengenai dunia seni: Banyak yang kita masih perlu perbaiki dan setiap satunya memerlukan usaha keras dan kerjasama semua pihak
UCAPAN WARDINA
"Dina mahu perbaiki segala kekurangan Dina selama ini.
"Dina tahu Dina mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Dina harap penampilan terbaru Dina tidak disalah anggap oleh sesiapa pun, baik rakan taulan, peminat dan pihak media.
"Tujuan Dina hanya satu, iaitu memperbaiki diri Dina kerana manusia itu sifatnya sentiasa mahu berubah.
"Dina tetap cintakan dunia seni yg telah sekian lama Dina ceburi. Hanya satu pinta Dina, doakanlah kejayaan Dina di dunia dan juga di akhirat."
PESAN WARDINA
"Hidup tak perlu sombong. Belajar hormat orang sekeliling kita. Ada ilmu kita kongsi bersama. Dan hidup biar berbudi. Setelah berbudi jangan harap balasan. Itu saja dari Dina."
Klik untuk imej besar...
All photos copyright myartis.com
No comments:
Post a Comment