09 January 2012

62 GAMBAR NOSTALGIA ZIELA JALIL


Norzilah binti Abdul Jalil atau Ziela Jalil, 43, mula menceburi bidang lakonan di bawah pengarah A R Badul melalui filem, Mr Os. Selepas itu beliau turut mendapat bimbingan daripada pengarah terkenal seperti Aziz Sattar (Perawan Malam), Othman Hafsham (Ujang), Zek Lokman (Konstabel Mamat), Rahim Razali (Rentak Desa), Nasir Jani (Rozana Cinta 87), Raja Alauddin (Kayangan) dan sebagainya.

Ziela juga pernah berlakon dalam beberapa filem Indonesia seperti Tarzan Rimba (bersama Barry Prima), Pancasona, Jurus Dewa Naga dan Pendekar Mata Satu.

Klik untuk imej besar...




Selepas berlakon dalam filem Harry Boy, Ziela telah menubuhkan Production Eleven Sdn Bhd dan kemudiannya Pena Creative Pictures Sdn Bhd untuk menerbitkan drama TV. Antara drama bersiri lakonan Ziela yang mendapat sambutan penonton ialah Karma yang ditayangkan di TV9.

Untuk info, semenjak kematian suaminya Allahyarham Datuk Megat Junid pada 2008, Ziela masih lagi belum mencari pengganti dan terus menjanda hingga kini. Malah difahamkan, baru-baru ini Ziela telah memgambil anak angkat yang diberi nama Ibrahim Junid.

Eksklusif untuk pelawat myartis, jom kita imbas kembali nostalgia Ziela Jalil yang penuh warna-warna kehidupan itu.



























































































































No comments: