"Saya pernah bertanding di pentas AJL pada tahun 2009 dan 2010 jadi sudah lama tinggakkan pentas prestij tu, pengalaman yang sukar digambarkan pada ketika itu bila kali pertama di pentas besar.
"Rezeki sampai situ saja dan sekarang ini paling besar pun sekadar semi final saja, tapi tak apa saya kagum dengan semangat serta hasil kerja yang ditampilkan oleh penyanyi baru yang bertanding semuanya hebat-hebat.
"Bila lihat kejayaan penyanyi-penyanyi tu membuatkan saya lebih semangat untuk berjuang dan hasilkan karya baru untuk masuk kembali pentas AJL tu nanti."
Klik untuk gambar besar
Dalam pada itu, Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, berkata, kemunculan ramai penyanyi muda di pentas berprestij itu secara tidak langsung menyuntik semangat buat dirinya untuk kembali menghasilkan karya berkualiti.
Malah, ujarnya lagi, ia juga membuatkan dia kembali bersemangat untuk memperjuangkan muzik dan mengimpikan kemunculan semula di pentas AJL selepas 16 tahun tidak bertanding.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment