02 November 2011

15 GAMBAR NOSTALGIA ANUAR ZAIN


BIODATA:
Nama: Shahrul Anuar Zain
Nama glamor: Anuar Zain
Tarikh lahir: 17 Februari 1970
Bintang: Aquarius
Tempat Lahir: Merlimau, Melaka.
Jumlah adik beradik: Lima orang
Pendidikan: Sekolah Rendah Seksyen 16, Sekolah Menengah Sultan Azlan Shah, Shah Alam, Selangor

KENANGAN TERINDAH

BERBICARA tentang kenangan terindah, banyak nostalgia yang sudah dilalui oleh Anuar sejak zaman kanak-kanak sehinggalah dia dewasa. Namun yang paling indah ialah apabila dia menjadi artis rakaman EMI pada awal tahun 80-an.




"Ketika itu juga kenangan juga tidak kurang manisnya apabila saya berpeluang mengadakan persembahan istimewa untuk televisyen sempena Raya.

"Bayangkan ketika itu, nama-nama besar industri hiburan seperti Datuk Sharifah Aini, Datuk D.J. Dave, Noorkumalasari, Allahyarham Datuk Sudirman Arshad, Datuk Sheila Majid dan Jamal Abdillah semuanya terlibat dalam persembahan yang sama.

"Apabila dapat bertemu dengan mereka, saya begitu seronok dan teruja sekali. Mana tidaknya. Sebelum itu saya hanya mendengar lagu-lagu nyanyian mereka. Tetapi, apabila berada di satu pentas, timbul sedikit rasa kejutan budaya (ketawa).

"Lagipun, dulu, stesen televisyen tidak banyak. Jadi, semuanya berkumpul dan kemeriahan itu memang cukup dirasai," kata Anuar dipetik sebagai berkata. Ketika itu, dia sememangnya cukup masyhur dengan lagu Suasana Hari Raya bersama teman duetnya, Ellina Razak.

Sementara kenangan indah lain pula ialah ketika dia bertugas sebagai pramugara untuk syarikat penerbangan MAS selama hampir 11 tahun. Menurut penyanyi itu, bermula tahun 1990, dia telah merasai pengalaman beraya di luar negara hampir setiap tahun.

"Tetapi, semua itu tidak begitu dirasai kerana saya dikelilingi oleh teman-teman yang senasib. Jadi, segala kerinduan itu terubat sedikit demi sedikit.

"Selepas berhenti, fokus saya adalah kepada keluarga dan saya mahu membalas segala kehilangan itu dengan menghabiskan masa bersama mereka," ujarnya.

Klik untuk imej besar...
































MAHU GAMBAR ANUAR LAGI? KLIK DI SINI...


No comments: