"Alhamdulilah.. semua ok. Jangan risau, Dato Seri Vida (DSV) kesayangan korang semua dah pulih malam tu juga. Sesi Nightwalk bersama Roslan Shah terpaksa dihentikan awal pada malam kelmarin.
"Ini kerana DSV rasa kurang selesa dan kehadiran 'mereka' agak kuat pada saat itu. Namun dengan izin Allah dan ayat-ayat suci Al- Quran semuanya masih dalam kawalan."
Itulah tulis penyanyi dan juga cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob menerusi media sosial, di mana dia memaklumkan usahawan sens@si, Datuk Vida Vida dalam keadaan baik selepas berdepan g@ngguan ketika menyertai sesi live Nightwalk.
Klik untuk gambar besar
Lebih menjadi perhatian, Vida dilihat memberi reaksi seakan mahu munt@h ketika Fazley membacakan ayat Al-Quran, sebelum keadaan kembali pulih.
Dalam pada itu, meninjau ke ruangan komen pula, ramai yang mempers0alkan status Fazley dan Vida apabila dilihat bersentuhan meskipun untuk membantu atau merawat.
Tidak kurang juga, ada yang mendakwa serta membuat sp£kulasi kedua-duanya sudah bernikah, apatah lagi mengenai Vida seorang yang sangat menjaga batas.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!




No comments:
Post a Comment