22 October 2011

18 GAMBAR NOSTALGIA YUSRI KRU



BIODATA:
Nama: Yusry Abdul Halim
Alias: Yus / Bang Chik / Yiko
Tarikh lahir: 15 June 1973 -
Tempat lahir: Kuala Lumpur
Status: Duda
Perangai: Yang paling artistically-inclined di antara tida beradik. Menconteng dinding semenjak berusia empat tahun. Ditangkap membuat graffiti di tempat perlindungan mereka yang dulu. Bukti hasil cakarannya boleh dijumpai kerana beliau membuat montaj Grafik-3D dan special effects yang lain untuk klip video dan program TV.
Sikap: Pendiam dan sensitif.

NOSTALGIA

* Apabila ibu mereka sedang mengandungkan si Yusry, beliau selalu mengidamkan pucuk rebung. Itu pasalah agaknya Yusry berbulu lebat.

* Yusry pernah terbatal puasa sebab dia tak tahan tengok udang di meja dapur, walaupun masa tu, dah hampir berbuka puasa.




* Yusry pernah kata yang cikgunya tak suka dia pasal kepalanya besar sangat... (yeke?)

* Yusry suka makan maggi mee perasa ayam masa kecil.

* Dahinya dijahit enam jarum kerana lompat dari almari, terkena bucu katil.

* Yusry telah menunjukkan bakatnya melukis dari umur empat tahun lagi. Pantang tengok pensel, habis dinding rumah dia conteng..

* Pada umur 11 tahun, dia melukis potret ibu bapanya.

* Semasa remaja, Yusry gemar dengan Tommy Page...

* Memiliki bantal 'bucuk' warna hijau. Pernah bantalnya tertinggal di kampung, dan terpaksa balik untuk mendapatkannya kerana Yusry menangis semalaman sampai tak tidur malam.

* Yusry masuk tadika pada umur 2 1/2 tahun. Kenapa? Kerana dia selalu menangis pasal nak ikut 'Bang Long' ke sekolah.

* Bila Yusry dalam darjah 2, dia terguris bibirnya semasa main kejar-kejar dengan rakan sekolah.

*Yusry pelajar terbaik bahasa Inggeris dan lukisan dalam tingkatan 3.

Klik untuk imej besar...







Copyright myartis.com

No comments: