20 October 2011

48 GAMBAR NOSTALGIA ZAHID AF2


BIODATA:
Nama penuh: Ahmad Zahid Baharuddin
Nama glamor: Zahid AF2
Tarikh Lahir: 19 Disember 1980
Tempat Lahir: Perak


ZAMAN KANAK-KANAK

TANGGAL 19 Disember 1980, pasangan Baharuddin Osman,27, dan Jamilah Ali,23, menanti penuh debar untuk menyambut kelahiran `orang baru' dalam keluarga. Puan Jamilah yang diberitahu bayi dalam kandungannya itu adalah songsang, hampir tiga jam bertarung dengan kesakitan untuk melahirkan bayi itu.

Bukan sekadar itu, mereka suami isteri menerima kejutan lagi, apabila bayi yang diramalkan seorang perempuan oleh pihak hospital sebelum ini, rupa-rupanya, seorang anak lelaki.

Memang sesuatu yang menakjubkan. Bagai mimpi jadi kenyataan. Impian mahukan bayi lelaki setelah mempunyai dua anak permpuan akhirnya dimakbulkan Tuhan. Bukan sahaja keluarga, malah seluruh kakitangan di wad bersalin Hospital Kuala Lumpur terkejut dengan berita tersebut.

"Memang tak sangka. Kami terkejut bila tengok bayi tu lelaki. Syukur kepada Yang Maha Esa kerana hajat auntie untuk menimang . cahayamata lelaki akhirnya tercapai juga. Kiranya berbaloilah kesakitan yang auntie tanggung tu," ujar Puan Jamilah Ali.

Katanya lagi, apabila mendapat tahu bayi itu lelaki, terus dinamakan Ahmad Zahid. Kalau diikutkan pada ramalan pihak hospital sekiranya bayi itu perempuan, Puan Jamilah dan suami ingin menamakan bayi itu Nurulhuda.



"Nama Nurulhuda tu uncle yang pilih, tapi bila tahu bayi tu lelaki, telintas secara spontan di fikiran auntie untuk menamakannya Zahid.

"Auntie terus beritahu pada suami agar menamakan bayi itu Ahmad Zahid. Lagipun, nama Zahid tu elok maknanya iaitu merendah diri. Auntie sentiasa berdoa agar nama itu memberi berkat kepada bayi auntie nanti," ceritanya gembira.

Menceritakan pengalaman menjaga Zahid sewaktu kecil, Puan Jamilah memberitahu Zahid seorang budak yang senang dijaga.

"Walaupun lelaki, tapi, dia tak banyak ragamnya. Mungkin itu satu permulaan, Zahid boleh membawa diri tatkala dia besar nanti. Kalau pasal makan, dia tak kisah. Dia makan apa sahaja yang auntie berikan. Susu pun macam tu juga. Cuma Zahid ni, agresif. Dia berlari ke sana sini. Yang seronoknya, bila bagi saja permainan, terus diam. Tak kisahlah kereta ke, robot ke semua dia main. Kadangkadang tu, dia ikut sekali dua orang kakaknya main masak-masak.

"Walaupun Zahid satu-satunya anak lelaki, tapi, dia rapat dengan semua orang terutama papanya. Apa sahaja yang ingin dilakukannya dia akan beritahu pada papanya. Mereka juga selalu pergi memancing bersama," ujar ibu kepada empat orang anak ini. Selain Zahid, tiga lagi anak perempuan Puan Jamilah ialah Noor Hazleen,27, Noorul Asyikin,25, dan Nurul Farehan,18.

Zahid pada waktu kecilnya, bukan sekadar murah dengan senyuman, malah Zahid sebenarnya seorang yang sangat murah hati. Pantang ada duit dalam tabungnya, pasti akan dikeluarkan untuk diberikan kepada kawan-kawannya. Kata ibunya lagi, dia tak kisah kalau dia sendiri terpaksa mengikat perut, asalkan kawan-kawannya dapat makan.

"Itulah satu sikap Zahid dari dulu sehingga sekarang. Tak boleh tengok orang lain susah. Bukan sekadar duit, malah apa sahaja yang dia ada.

Pernah suatu ketika, dia memberikan permainan yang paling disayanginya kepada seorang kawan baiknya. Tapi, itulah Zahid. Nak kata marah tu tak adalah, tapi, kadang-kadang tu, kerana orang dia sanggup tak makan, susah juga hati ni," ujarnya.

Mengimbau kenangan sewaktu Zahid berusia lima tahun, Zahid pernah terkunci dalam bilik air di sebuah pusat membeli-belah.

"Waktu tu, kami keluar shopping. Tiba-tiba, Zahid meminta izin untuk ke bilik air. Dia memang tak suka diteman. Lebih suka buat sendiri. Auntie pun lepaskan kerana bilik air tu taklah jauh sangat. Setelah hampir setengah jam, menunggu, Zahid tak muncul-muncul. Auntie dan uncle dah risau. Takut juga apa-apa jadi. Uncle pergi ke bilik air tu. Senyap saja keadaan di situ.

"Bila uncle panggil, Zahid menyahut dari dalam. Katanya dia tak tabu macam mana nak buka pintu bilik air itu. Uncle pun panggil pengawal di situ. Pengawal tu terpaksa memanjat untuk buka pintu itu dari dalam.

"Pengawal tu agak pelik kerana Zahid tak menangis langsung. Nak kata takut pun tak ada. Zahid keluar seperti tidak ada apa yang berlaku.

Selain itu, menurut Puan Jamilah lagi, kenangan yang sukar dilupakan ialah sewaktu mengadakan majlis khatan Zahid. Katanya, majlis khatan itu sengaja dibuat secara besarbesaran kerana memikirkan Zahid adalah anak lalaki tunggal dalam keluarganya. Disebabkan itu, ramai yang menyangkakan majlis itu adalah majlis perkahwinan.

"Bila teringat kenangan tu, tergelak auntie. Bukan apa, masa tu, auntie memang nak buat majlis tu dengan meriah. Yang kelakarnya ramai saudara mengusik Zahid dengan tujuan untuk menakut-nakutkan dia, tapi, satu pun tak diendahkannya. Dia seronok bila dapat tahu nak dikhatankan. Katanya dah nak jadi orang besar. Masa tu, auntie siap buat pelamin untuk Zahid. Dia sedikitpun tak takut untuk dikhatankan. Macam biasa, Zahid seorang yang selamba," tambahnya.

Menurut Puan Jamilah lagi, Zahid seorang pelajar yang aktif pada zaman sekolahnya.

"Memang dia seorang yang aktif dalam bersukan ni. Sukan yang paling dia suka ialah sepak takraw. Bangga juga bila dia terpilih jadi wakil sekolah waktu tu. Kami sekeluarga memang memberi sepenuh galakan kepadanya," tambahnya.

Katanya lagi, sukan itu tidak diteruskan pada peringkat sekolah menengah kerana lebih cenderung bermain bola sepak.

"Mula-mula tu, ingat dia nak teruskan minat dalam sepak takraw, tapi, dia bertukar angin pula. Katanya, dia nak jadi pemain bola sepak. Dia juga minat dengan cara permainan pemain bola terkenal Azman Adnan. Kami tak membantah. Dia bersungguh. Kerana kesungguhannya itulah, terpilih untuk mewakili sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 2, Wangsa Maju, Kuala Lumpur dalam permainan bola sepak. Tapi, dia tak teruskan kerana nak tumpukan pada pelajarannya kerana waktu itu dia akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)."

Selain aktiviti sukan, Zahid merupakan pelajar yang cergas dan cerdas. Mata pelajaran yang paling digemarinya adalah Bahasa Inggeris dan Matematik. Zahid mendapat keputusan yang membanggakan.

"Zahid tak adalah bijak sangat. Dia tu sederhana saja orangnya. Macam orang lain. Sepanjang bersekolah, dia tak penah gagal. Walaupun bukanlah salah seorang pelajar cemerlang di sekolah, tapi keputusan peperiksaannya agak bagus," ujarnya lagi.


BIDANG SENI

Bagai perumpamaan, 'ke mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi', begitulah juga dengan Zahid. Dalam usia 11 tahun, dia sudah menunjukkan minat pada bidang nyanyian. Bakat seni yang diwarisi daripada ibunya.

"Dia berkebolehan menyanyi. Tapi pada waktu itu, dia lebih gemarkan pada muzik nasyid. Dia aktif juga di sekolah sehingga menubuhkan kumpulan BAKAT di sekolahnya iaitu Sekolah Kebangsaan Bangsar. Zahid dipilih menjadi ketua kumpulan dan berrtindak sebagai vokalis.

Dia aktif bernasyid sehingga sekolah menengah. Banyak persembahan yang dibuat oleh mereka. Boleh dikatakan, mereka sering diundang membuat persembahan di sekolah lain," katanya lagi.

Selain aktiviti nasyid di sekolah, Zahid juga aktif menyertai pertandingan karaoke. Adakalanya pertandingan itu seperti pertandingan keluarga kerana bukan sahaja Zahid, malah kakak dan adiknya juga turut menyertai pertandingan itu dan masing-masing mendapat tempat teratas.

Selepas tamat persekolahan, Zahid masih aktif dengan pertandingan karaoke. Selain menyertai pertandingan, Zahid bersama kawankawannya adalah menubuhkan kumpulannya sendiri, Fuzym. Fuzym adalah gabungan antara nama-nama ahli kumpulan Zahid ini.

"Dah minatnya ke arah itu, auntie hanya menurut. Asalkan dia pandai menjaga diri sudahlah.

Pada tahun 2000, Zahid telah mencuba dalam Bintang RTM. Dia berjaya ke peringkat suku akhir. Namun, Zahid disuruh menarik diri kerana telah mempunyai bandnya sendiri. Bintang RTM pada waktu itu dimenangi oleh Azharina.

"Walaupun sedikit kecewa, namun Zahid tak patah semangat. Dia dan kumpulannya berusaha keras untuk lebih berjaya. Tapi, usia kumpulan itu tak panjang. Zahid teruskan dan menubuhkan kumpulannya yang baru, kumpulan 303," ujarnya.

Katanya lagi, Zahid dan kumpulannya bekerja di Bernad Club selama beberapa bulan. Selepas daripada itulah, dia diterima menjadi sebahagian daripada pelajar Akademi Fantasia. Di situlah segalanya bermula.

Rupa-rupanya, dalam waktu Zahid menyertai pertandingan karaoke atau seumpama itu, lawannya waktu itu adalah artis yang popular sekarang. Sewaktu Bintang RTM 2000, Zahid bersaing hebat dengan Misha Omar, Siti Sarah dan Azharina.

"Tak sangka, dunia ni kecil betul. Bolah dikatakan ramai juga kenalan Zahid dah jadi arttis sekarang. Yang paling tak disangka, Farah AF, rakan yang selalu ditemui kalau ada pertandingan nyanyian. Tak sangka jadi geng bila masuk AF," ujarnya.

Klik untuk imej besar...















BERITA TERDAHULU:
ZAHID IKUT JEJAK BOB LOKMAN..??


No comments: