25 May 2026

URUSAN PINDAHKAN DUIT SUMBANGAN SELESAI - AMYZA AZNAN SEBAK BACA KOMEN NEG4TIF SEBELUM DIPUJUK AZNIL



"Terima Kasih semua atas kasih Sayang anda dan infaq anda semua. 

"Esok hari Arafah, doakan untuk kesembuhan Adrian dan ayahnya. Doakan agar Amyza kuat lalui cab@ran dan dug@an ini.

"Doakan kesihatan serta rezeki Pak Nil agar Pak Nil boleh teruskan usaha membantu. Assalamualaikum."

Klik untuk gambar besar

Demikian tulis pengacara versatil, Datuk Aznil Hj Nawawi menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di media sosial miliknya, di mana ia memaparkan tentang urusan memindahkan duit sumbangan ke akaun pelakon Amyza Aznan

Menerusi video tersebut, Amyza dilihat sebak selepas pelakon itu berkata, dia terbaca komen neg@tif yang mengatakan masa arwah anak pertama, Andre Mikhail tiada sumbangan seperti anak keduanya, Adrian Adam. 
Kata Amyza sebelum dipujuk oleh Aznil atau mesra disapa Pak Nil, jika diberi pilihan, dia lebih memilih anak berbanding duit.

Dalam pada itu, Aznil memaklumkan, dia pada awalnya telah pun menyumbang RM20,000 ke akaun Adrian.

Kutipan sumbangan telah terkumpul sebanyak 171,947.73, sebelum ia ditutup pukul 12 tengahari tadi, sekaligus menjadikan keseluruhan sumbangan sebanyak RM191,947.73. 
         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: