"Sebab sebenar saya nak belajar bidang kulinari, mungkin saya nak buka kedai makan keluarga saya tapi dengan cara yang betul, bukan kampung-kampung tepi jalan. Maksudnya cantik macam fine dining, sebab itu saya belajar sampai sana."
Itulah kata personaliti media sosial, Imran Bard, 25, di mana dia memberitahu pengajiannya dalam bidang kulinari di Toronto, Kanada selama tujuh bulan sudah pun tamat.
Jelas Imran atau nama sebenarnya, Muhammad Al Imran Badaruddin, keputusan melanjutkan pengajian dalam bidang tersebut dibuat kerana mahu mendalami ilmu masakan dan perniagaan secara profesional.
Malah, Imran turut menyimpan impian untuk mengembangkan perniagaan keluarga dan membuka sebuah restoran yang lebih eksklusif.
Klik untuk gambar besar
"Sebab sebenar saya nak belajar bidang kulinari, mungkin saya nak buka kedai makan keluarga saya tapi dengan cara yang betul, bukan kampung-kampung tepi jalan."Maksudnya cantik macam fine dining, sebab itu saya belajar sampai sana," tuturnya yang turut berkongsi lanjut mengenai pengajiannya itu, dimana dia mendedahkan segala kos pembelajaran dan perbelanjaan sepanjang berada di Kanada ditanggung menggunakan wang simpanan sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak.
Katanya, dia mengambil masa yang agak lama untuk mengumpul wang sebelum berjaya merealisasikan impian menyambung pengajian di luar negara. "Memang 100 peratus saya sendiri, sebab itu saya ambil masa sebab tiada biasiswa untuk hantar pelajar ke luar negara.
"Anggaran kasar kos saya untuk sijil selama tujuh bulan itu tak banyak jika dibandingkan dengan pelajar terima biasiswa sampai RM1.2 juta.
"Untuk saya mendapatkan sijil itu sahaja menelan belanja RM250,000, tapi dah kumpul lamalah," jelasnya.
________________________
JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!



No comments:
Post a Comment