12 June 2026

KEMBALI JALANI RAWATAN IVF - ISTERI ACHEY LUAH RASA T4KUT, TAK MAHU KEC£WAKAN TIARA LAGI YANG TERLALU BERHARAP NAK ADIK



"Tiara balik sekolah terus tanya baby, mama (isteri Achey) t@kut sebenarnya. T@kut kakak (Tiara) terlalu berharap nak adik, mama t@kut kec£wakan kakak lagi. 

"Mama ingat lagi tahun 2022, awak sedih sampai tak nak makan sebab baby tak jadi (rawatan gagal).

"Mama, ayah usahakan selagi kami mampu ya sayang. Mama dan ayah sayang awak sangat-sangat. Terima kasih yang doakan kami."

Demikian kata isteri kepada pelawak Achey iaitu Nor Hasanah Yahaya atau Anne, menerusi satu hantaran yang dimuat naik di media sosial, di mana dia mula menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) buat kali kedua.

Klik untuk gambar besar

Difahamkan, Anne kini sedang melakukan rawatan IVF di sebuah pusat rawatan sekitar Kuala Lumpur bagi memudahkan urusan serta menjimatkan kos berbanding sebelum ini yang dilakukan di Johor Bahru.

Anne dalam masa sama turut meluahkan kebimbangan sekiranya anak angkatnya, Nur Tiara Zinnirah terlalu meletakkan harapan tinggi untuk memperoleh adik.

Tuturnya lagi, dia tidak mahu kekec£waan yang pernah dilalui keluarga mereka pada tahun 2022 berulang kembali selepas percubaan IVF pertama tidak berjaya.

Disamping itu, Anne berkata, dia dan suami tetap meneruskan usaha serta tidak putus berdoa agar proses IVF kali kedua itu dipermudahkan dan berjalan dengan baik. 
Ujar Anne, meskipun berdepan rasa c£mas dan t@kut, dia dan suaminya tetap menyerahkan segala usaha kepada ketentuan Tuhan sambil terus berikhtiar demi impian untuk menambah zuriat dalam keluarga.

Sementara itu, Achey menerusi media sosial turut memohon orang ramai mendoakan agar segala urusan mereka dipermudahkan dalam mendapatkan zuriat.

Pada Disember 2022, Achey atau nama sebenarnya, Mohd Nasir Hamzah, memaklumkan isterinya itu menjalani proses rawatan IVF untuk memiliki zuriat, namun usaha tersebut tidak berjaya.

Untuk makluman, Achey dan Anne mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan mereka mengambil seorang anak angkat perempuan bernama Nur Tiara Zinnirah pada tahun 2018.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: