17 December 2011

SAYA MASIH SAYANGKAN ABBY - ZUL


"Hubungan saya dengan Abby masih baik dan ada kalanya kami bertanya khabar melalui panggilan telefon atau pun berbalas SMS. Sudah tentu perasaan sayang kepadanya masih ada kerana percintaan kami bukan berlangsung selama tiga hari tetapi tiga tahun lamanya," demikian pengakuan pelakon Zulkifli Ariffin, 25, bila ditanya mengenai hubungan cintanya dengan Abby Abadi.

Menurut Zul lagi, dia masih sayangkan bekas kekasihnya, Abby walaupun tidak lagi mempunyai sebarang hubungan cinta.





"Tidak mungkin saya dapat melupakan hubungan saya bersama Abby yang telah berlangsung selama tiga tahun begitu sahaja dan saya masih menghormatinya sebagai seorang kawan. Sudah tentu ia masih berbekas di hati saya," tambah Zul dipetik sebagai berkata.

Terdahulu ketika ditanya adakah dia akan kembali menjalinkan hubungan cinta dengan bekas Abby, jawabnya ringkas. “mungkin...!

"Saya masih mengambil tahu mengenai perkembangan diri Abby dan tiga anaknya menerusi laman Facebooknya.



"Saya tidak pernah menyesal mengenali Abby malah dia adalah antara insan yang paling baik pernah saya temui selain daripada keluarga saya.

"Cuma saya sesalkan mengenai kesalahan dan kesilapan yang pernah berlaku sepanjang kami bersama," ujarnya yang kemudian enggan mendedahkan punca perpisahan dengan Abby.

No comments: