17 December 2011

LEPAS AWIE, KERETA FASHA SANDHA PULA DICURI


Lepas kereta Toyota Estima Awie Wings yang bernombor pendaftaran WNK 6913 yang dianggarkan berharga lebih daripada RM100,000 dicuri, kini giliran pelakon jelita Fasha Sandha, 27, pula kehilangan kereta akibat dicuri.

Kereta tersebut dilaporkan hilang di tempat letak kereta berdekatan salun miliknya di Wangsa Walk, Kuala Lumpur, semalam.

Untuk pengetahuan, kereta mewah yang hilang itu merupakan hadiah daripada seseorang buatnya.





"Saya akui kereta milik saya hilang dan satu laporan polis telah pun dibuat.

"Saya serahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan mengenai perkara itu," katanya dipetik sebagai berkata.

Bagaimanapun bila diminta menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai kehilangan kereta itu, Fasha enggan memberi sebarang ulasan. Beliau sebaliknya seperti cuba mengelak untuk menjawab soalan yang diajukan.

“Hanya seringkas itu sahaja saya boleh cerita,” katanya tersenyum.

Terdahulu ketika disoal mengenai gosip perkahwinannya dengan Jejai, Fasha menjelaskan dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah apabila gambarnya memakai busana pengantin tersebar di laman blog yang turut dikaitkan kononnya dia ingin berumah tangga.

"Insya-Allah jika sampai jodoh saya akan berkahwin dan apabila sudah bersedia saya akan maklumkan kepada semua. Saya tidak mahu bercakap mengenainya terlalu awal," katanya seolah mahu mengelak.

No comments: