18 December 2011
SERINA REDZUAWAN IDAM NAMA 'ISABELLE'
Serina Redzuawan yang kini sedang sarat mengandung lapan bulan mengidamkan nama 'Isabelle' untuk anak keduanya nanti. Jika ini menjadi kenyataan, maka Serina pastinya dilihat seperti mengikut jejak langkah angkasawan negara, Dr. Sheikh Muszaphar dan isterinya Dr. Halina yang turut mempunyai anak bernama Isabella atau nama penuhnya Sophea Isabella.
Walaupun sebutannya seakan sama, namun ia sebenarnya hanya berbeza huruf 'e' sahaja berbanding Isabella yang dikatakan nama seorang pejuang Islam mengikut sejarah. Apakah ia satu kebetulan atau Serina memang sudah mengidamkan nama tersebut sejak sekian lama sebelum kelahiran Tristan, anak sulungnya?
"Entahlah, saya suka sangat dengan nama itu. Bagi saya Isabelle melambangkan symbol seorang wanita yang cantik, bukan saja dari segi wajah dan juga budi pekertinya.
"Tapi nama itu ada sambungannya. Saya dan suami masih lagi mencari nama dalam bahasa Arab yang sesuai untuk menyambung nama itu supaya kedengaran lebih indah dan membawa maksud yang baik. Tunggu sajalah bila dia dilahirkan nanti," kata Serina dipetik sebagai berkata.
Ditanya kenapa dia masih belum mahu berehat dalam keadaan sarat begini, jawab anak Chef Wan itu dia memang tidak biasa duduk diam.
Malah dia sangat gembira untuk kehamilan kali keduanya ini. Ini kerana, Sehingga sekarang dia tidak mengalami sebarang alahan dan tidak ada langsung pening kepala. Mungkin inilah rahsia menghamilkan bayi perempuan katanya.
"Saya bersyukur dan selalu memotivasikan diri untuk sentiasa aktif walaupun berbadan dua. Jika saya mahu lakukan sesuatu, saya akan pastikan ianya akan dilakukan tanpa sedikitpun rasa letih.
"Saya juga cuba elak daripada bersikap emosi kerana ianya tidak baik untuk kandungan saya. Alhamdulillah juga, suami sering menyokong saya melakukan kerja rumah dan memahami keadaan saya ketika berbadan dua," tambahnya penuh yakin.
No comments:
Post a Comment