18 August 2011

SATU NOSTALGIA - HIJRAH BOB LOKMAN

Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya... kata pepatah ini amat bersesuaian sekali dengan Bob Lokman yang kini berhijrah ke alam keinsafan. Beliau bukan hanya meninggalkan dunia hiburan yang penuh cubaan, malah menyertai sebuah parti Islam sekaligus turut sama berdakwah dengan mereka.

Meskipun namanya cukup popular sebagai pencipta lagu Isabella, pelawak dan pengacara, namun semua itu kini hanya tinggal kenangan. Selain Bob, Sham Kamikaze juga turut mendapat hidayah Allah selepas Azmil Mustapha, Cico, Ashraf Muslim, Akill Hayy, Ito Blues Gang dan Ringgo Arrow.

"Saya rasa ada masalah dengan sistem kehidupan. Saya nak mendidik anak saya dengan jalan Islam tetapi dia ada masalah dengan sistem persekolahan, sistem pergaulan, dan sistem masyarakat.

"Bila saya di rumah suruh dia sembahyang, di luar ada kumpulan yang suruh dia buat benda lain. Masa saya muda dulu saya tak sedar, dan itu berlaku pada anak saya sekarang, dan sekarang saya rasa tanggungjawab pada anak.

"Saya selalu merasa saya gagal mendidik anak saya dan rasa saya akan masuk neraka. Kerana itu saya rasa tidak ada tempat nak mintak bantuan, saya masuk PAS ini saya rasa ada jemaah yang boleh membawa saya ke jalan yang betul," demikian kata Bob Lokman ketika ditanya kenapa dia meninggalkan dunia hiburan.

Istimewa untuk anda, ayuh kita singkap kembali gambar-gambar kenangan Bob Lokman daripada dahulu hingga kini... Moga ada sesuatu yang dapat kira kutip untuk dijadikan pedoman dalam meniti kehidupan yang penuh ranjau berduri ini.


Klik untuk imej besar...



Kenangan zaman persekolahan...





Bersama bapanya Ustaz Lokman Ahmad



Ketika berkahwin...




13 GAMBAR LAIN... KLIK DI SINI..!




.

No comments: