Siapa tidak kenal dengan atlet negara Shalin Zulkifli yang pernah memenangi pelbagai kejuaraan bowling dunia. Shalin yang kini sedang sarat mengandung bahagia dengan suaminya Azidi Ameran, yang juga bekas pemain bowling negara.
Menurut Shalin, dia kebiasaannya akan pulang ke Pulau Pinang pada Syawal untuk berhari raya dengan nenek di sana. Namun setelah ketiadaan neneknya yang meninggal dunia sejak dua tahun lalu, dia kini jarang balik dan hanya menyambut Syawal bersama suami di rumahnya sahaja.
"Selalunya selesai solat raya pada raya pertama, kami akan pergi melawat ke kubur datuk dan nenek. Selepas itu kami balik ke rumah keluarga Shalin untuk beraya.Kemudian kami akan beraya di kampung ayah di Kajang. Hari kedua, Shalin dan suami akan pergi beraya di rumah ibu bapa suami di Shah Alam, Selangor. Selepas itu kami menziarahi sanak sudara," ujar Shalin yang dipetik sebagai berkata.
Tambahnya, rumah terbukanya hanya akan diadakan pada minggu kedua hari raya.
Klik untuk imej besar...
Gambar koleksi Shalin Zulkifli...
Gambar koleksi Shalin Zulkifli...
Gambar koleksi Shalin Zulkifli...
Gambar koleksi Shalin Zulkifli...
Gambar Mingguan Wanita
.
No comments:
Post a Comment