14 October 2011

NOSTALGIA MISHA OMAR


DULU MISHA GEMUK, COMOT

Gadis manja pasangan Zainab Mat Noor dan Omar Ismail ini memang tidak pernah mengimpikan menjadi salah seorang penyanyi. Bagaimanapun, Misha mengakui minat menyanyi memang telah terbit sejak dia kecil lagi.

"Saya memang tak pernah bercita-cita menjadi penyanyi. Tapi dalam keluarga, saya dikenali sebagai penyanyi sebab suka sangat menyanyi. Bayangkan saya sanggup menyanyi di rumah jiran sebab waktu tu rumah saya belum ada lagi set karaoke. Tapi ayah saya tak suka sebab bila dia balik kerja, mesti saya dekat rumah jiran lagi 'melalak'. Jadi diapun belilah set karaoke untuk saya. Apalagi, macam orang gilalah saya, siang malam asyik menyanyi saja," cerita Misha sambil ketawa.

"Kalau nak tahu, dulu masa saya sekolah, saya gemuk. Berat saya pernah capai 58kg. Dulu saya hitam sangat sebab selalu main basikal petang-petang sambil aktif acara sukan macam hoki dan bola jaring di sekolah. Dengan jerawat penuh satu muka. Pendek kata, kalau orang tengok saya dulu dengan sekarang, mesti terkejut punya.

"Sebab tu bila saya balik Kelantan sekarang ni, kawan-kawan saya selalu tanya macam mana saya boleh kurus, dah putih sikit dan tak ada jerawat. Betul, mesti orang tak percaya saya yang dulu hitam, gemuk, comot dah boleh jadi macam sekarang ni.

"Masa tu saya diet betul-betul. Saya amalkan pemakanan seimbang, pergi joging, bersenam dan buat apa yang doktor sarankan. Dalam masa lima bulan, akhirnya saya berjaya juga kuruskan badan sebab nak masuk pertandingan Bintang RTM tahun 2001. Masa tu barulah saya sedar yang sebenarnya badan saya senang turun kalau saya amalkan diet yang seimbang," ujarnya.




Sekiranya anda bukan dalam karier sekarang, apa agaknya kerjaya anda:
MENERUSKAN KEHIDUPAN DAN PENGAJIAN SAYA DI UNITAR

Gambarkan diri anda apabila berusia 60 tahun:
SAYA AKAN MENGHABISKAN KEHIDUPAN SAYA DENGAN AKTIVITI KEAGAMAAN DAN JUGA MEMBAHAGIAKAN DIRI DENGAN KELUARGA YANG RAMAI

Kelemahan:
CEPAT PANIK DAN CEPAT MENANGIS

Apakah yang membuat anda berasa sensitif:
APABILA TIADA ORANG MEMPEDULIKAN PERASAAN SAYA

Apakah gejala sosial paling serius dalam masyarakat Malaysia dan beri candangan untuk mengatasinya:
PERGAULAN BEBAS DI KALANGAN REMAJA DAN PENGLIBATAN REMAJA DALAM GEJALA TIDAK SIHAT SEPERTI PENAGIHAN DADAH DAN PENGAMBILAN ECTASTY. SEBENARNYA REMAJA PERLU ADA KESEDARAN DIRI SENDIRI. JIKA KITA TIDAK MENYAYANGI DIRI SENDIRI, SEGALA BANTUAN YANG DIBERIKAN OLEH KERAJAAN ATAU BADAN-BADAN TERTENTU TIDAK ADA GUNANYA.

Peranan artis untuk membantu mengatasi masalah sosial di Malaysia:
ARTIS SEBAGAI ROLE MODEL YANG TERBAIK, PERLU MEMPAMERKAN KEPERIBADAN YANG BAIK DAN CONTOH YANG BAIK.

SEDIKIT MENGENAI MISHA:
Wajah Misha nampak serius dan ada yang kata raut wajahnya nampak sombong. Tetapi sebenarnya Misha mengakui dia seorang yang sensitif dan mudah menangis. Tak sangka rupanya Misha ‘cengeng’ juga!

Cepat mesra dengan orang. Sesiapa yang ingin mengenali Misha dengan lebih dekat perlu pandai berbual dengannya barulah boleh mengenalinya secara mendalam.

Makanan kegemaran, Sizzling Mee. Menurut Misha jikalau dia hilang selera makan dia akan pastikan menunya adalah makanan kegemarannya itu.

Bila ada masa terluang Misha lebih suka duduk di rumah. Jika ada cuti yang panjang sudah semestinya dia akan balik ke kampungnya di Kota Bharu, Kelantan.

Satu tabiat Misha yang tidak dapat hilang, dia suka memaksa kakaknya supaya memasak untuknya. Tidak kira masak apa sahaja lauk pauk walaupun hanya goreng ikan masin sahaja daripada makan di luar.

YANG DI SUKA
Menyanyi dalam bilik air
Mendengar muzik
Tidur
Makan coklat
Buat orang ketawa

YANG DI BENCI
Gosip
Menunggu orang
Lipas
Orang hipokrit
Lelaki cakap kosong

No comments: