14 October 2011

BILA NING BAIZURA PAKAI TUDUNG


Apakah kelainannya apabila Ning Baizura memakai tudung? Sudah tentu banyak kelainan dan perubahan wajah... malah maruah juga pastinya dipandang manis berbanding segelintir phak yang rambutnya perang tetapi tiruan!

Namun pemakaian tudung Ning ini bukanlah tetap sebagaimana Wardina Saffiah, Raja Farah dan ramai lagi artis yang telah menerima hidayah. Sebaliknya ia hanyalah sementara untuk watak Nani sebuah telefilem yang bertajuk Haji Bakhil.

Haji Bakhil adalah arahan pelakon veteran Ahmad Tarmimi Siregar yang turut dibintangi oleh hero Malaya Arash Mohamed dan diterbitkan oleh Erma Fatima. Khabarnya, ia bakal ditayangkan pada Hari Raya Aidiladha ini.

Ayuh kita lihat aksi Ning memakai tudung yang boleh dikatakan sejuk mata memandang itu..!!  
Klik untuk imej besar...








Photo: Ning Baizura Twitter

No comments: