01 November 2011

SEJARAH HIBURAN MALAYSIA - MAWI AF3



ARTIS REALITI PALING POPULAR

Asmawi Ani atau lebih dikenali sebagai Mawi merupakan artis Malaysia yang paling popular 2005 melalui program realiti 'Akademi Fantasia 3' terbitan Astro. Nama Mawi bukan sahaja popular dikalangan kanak-kanak, remaja, peringkat pertengahan dan orang tua, malah turut menjadi perhatian golongan profesional, ahli politik, kerabat raja dan peminat luar negara.


Antara ciri-ciri Mawi yang dikatakan mendapat perhatian ramai sehingga menyebabkan anak Felda Taib Andak, Kulai Johor ini melonjak popular ialah latar belakangnya dalam pendidikan agama.

Selain itu, ciri-ciri lain ialah:
* Pernah ura-ura dilantik menjadi Bilal
* Pernah menjadi guru agama
* Pernah menjadi DJ sambilan
* Pernah beberapa kali menjadi Johan Qari
* Pernah memenangi Tilawah AI-Quran. Mewakili Johor Bahru ke peringkat Negeri.
* Pernah tubuh Kumpulan Nasyid 'Waisiqsalam'
* Pernah mempelajari seni silat 'Pukul Pelaga'

Album kompilasi beliau yang memuatkan lagu 'Aduh Saleha' telah terjual melebihi 100,000 unit hanya dalam seminggu. Lebih membanggakan, pada 12 Okt 2005, juruaudit RIM (Recording Industry Association of Malaysia) telah memberitahu bahawa satu audit telah dilaksanakan dan mengesahkan penjualan album Koleksi 'Mawi World' setakat tarikh audit tersebut ialah 156,441 dan ia sekaligus melayakkan Mawi menerima Anugerah 6 Platinum.


Selain kejayaan album, beliau juga telah terpilih menjadi duta kepada beberapa produk gergasi seperti Canon, EON, M.Mobile, Mamee dan banyak lagi.

Paling mengejutkan, beliau merupakan artis pertama memecah kebuntuan industri hiburan di Kelantan apabila dijemput mengadakan konsert di sana sempena pengisytiharan Kota Bharu sebagai Bandar Raya Islam di Stadium Sultan Mohammad Ke IV. Menurut PAS, kerajaan negeri menganjurkan konsert alternatif di Padang Perdana yang membabitkan persembahan Mawi, M.Nasir, Rabbani, Ustaz Akil Hayy Rawa, kumpulan nasyid Mestica dan pelajar Pondok Kandis adalah bagi menarik golongan remaja.

Malah Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat melahirkan rasa puas hati terhadap laporan media mengenai konsert alternatif yang dianjurkan kerajaan negeri akhir September 2005 itu.


“Kita anjurkan program yang mengasingkan tempat duduk kepada tiga kategori, lelaki, perempuan dan berkeluarga. Semua berjalan dengan lancar. Kalau hendak harap orang lain buat macam itu, sampai khiamat pun tidak mungkin berlaku,” katanya menjawab soalan wartawan di sebuah hotel di sini.

Katanya lagi, persembahan tersebut adalah mengikut Enakmen Kawalan Hiburan 1998.



:: Artikel ini telah disiarkan pada Okt 2005 ::

No comments: