02 November 2011

BOB LOKMAN DIBURU JAIS


Satu waran tangkap telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas bekas pelakon dan penulis lirik Bob Lokman atas dakwaan memberi ceramah tanpa tauliah di hadapan lebih 70 orang di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor pada bulan lalu.

Waran tangkap tersebut dikeluarkan berikutan Bob enggan hadir ke JAIS untuk memberi keterangan.

Ini kerana, di bawah Seksyen 119 (1) Enakmen Jenayah Syariah Selangor, jika sabit kesalahan, Bob boleh didenda tidak lebih daripada RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.




Menurut Pengarah JAIS, Marzuki Hussin waran tersebut telah dikeluarkan pada 28 Oktober lalu sekaligus membolehkan JAIS menangkap Bob jika didapati berada di Selangor.

"JAIS masih mencari Bob kerana dia diperlukan untuk pihak kami menjalankan siasatan terhadap dakwaan yang dikenakan ke atasnya.

"Kami juga sedang dalam proses untuk mengambil tindakan undang-undang bagi membolehkan Bob hadir di Mahkamah Syariah.

“Beliau akan dibebaskan dengan jaminan selepas kenyataannya di ambil," ujar Marzuki dipetik sebagai berkata.

No comments: