26 October 2011

SEJARAH HIBURAN MALAYSIA - ALLEYCATS



KUMPULAN MUZIK PALING BANYAK TERIMA ANUGERAH


Alleycats merupakan sebuah kumpulan muzik yang paling banyak menerima anugerah piring emas (Gold Disc) di negara ini. Ketika itu, kumpulan tersebut dianggotai oleh lima anak muda (tiga India, dua Cina) iaitu Arumugam (penyanyi utama), Loganathan, Shanmuganathan, Tan dan Billy.


Selain itu, Alleycats juga merupakan kumpulan paling lama bertahan iaitu sejak penubuhannya pada tahun 1968 di Pulau Pinang hingga ke hari ini.

Album mereka yang mula dirakamkan pada tahun 1979 telah memenangi piring emas kerana melebihi jualan 50,000 unit dan dua antaranya terjual melebihi 80,000 unit yang membolehkan mereka menerima anugerah Platinum.

Album tersebut ialah 'Suara kekasih' (1985), 'Sampaikan Salam Cintaku', 'Hingga Akhir Nanti' (1980), 'Andainya Aku Pergi Dulu' (1982), 'Kerana' (1984).

Story copyright: myartis.com


No comments: