10 September 2016

45 GAMBAR - SEKITAR MAJLIS PERKAHWINAN ALIFF AZIZ & BELLA ASTILLAH



Semalam majlis pernikahan dan resepsi bagi pasangan Aliff Aziz, 25, dan Bella Astillah, 22, telah berlangsung dengan meriahnya.

Aliff selamat bergelar suami Bella atau nama penuhnya Dayang Nabellah Awang Astillah dengan sekali lafaz pada jam 12.55 tengah hari di Bukit Jelutong. Pasangan terbabit dinikahkan oleh bapa Bella sendiri, Awang Astillah Abdullah@Dullah.





Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri kira-kira 200 tetamu terdiri daripada anggota keluarga kedua-dua pihak.

Dalam majlis tersebut, pengantin perempuan menerima mas kahwin RM333 dan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Bagaimanapun, atas persetujuan bersama, jumlah wang hantaran dirahsiakan.



"Alhamdulillah, semuanya berjalan seperti diharapkan. Saya dan Bella berharap rumah tangga yang baharu dibina ini akan terus mendapat keberkatan daripada Allah dan restu berpanjangan daripada keluarga, peminat dan semua," ujar Aliff dipetik sebagai berkata.

Selepas majlis nikah, pasangan ini diraikan dalam majlis resepsi yang diadakan pada sebelah malam di Setia Alam.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________





GAMBAR LAIN;
Klik gambar untuk size besar




















































































         ________________________





No comments: