09 September 2016

"BILA MASA KAMAL TU BOYFRIEND SAYA" - EMMA MAEMBONG



Selepas gosip yang bertebaran mengatakan hubungan percintaan mereka sedang bergolak, kemunculan Emma Maembong dan Kamal Adli bersama di majlis Festival Filem Malaysia ke 28 (FFM 28) telah mencuri perhatian ramai.

Ketika di majlis itu, media tidak melepaskan peluang untuk bertanya tentang status hubungan mereka yang terkini.

Emma ketika ditanya, menjelaskan bahawa dia dan juga Kamal hanyalah sekadar kawan baik saja.





"Saya dengan Kamal masih kawan macam dulu. So kitorang takde apa apa pun. So dia adalah saya punya partner untuk malam ni, saya okay jelah. Bila masa I cakap boyfriend?," jawabnya kepada media.

Kamal yang turut berada disebelah Emma hanya tersenyum dan cuba mengubah topik ketika ditanya mengenai kenyataan yang dibuat oleh Emma itu.

Aikk... yang mana satu betul ni.!! Sekejap ya sekejap tidak. Apa pun, semoga pasangan ini (jika memang sudah dijodohkan bersama) dapatlah merealisasikan fantasi peminat untuk melihat mereka bersanding di atas pelamin bersama.



___________________________________________________
--- IKLAN ---

BERMINAT UNTUK BERIKLAN DI MYARTIS?   KLIK UNTUK INFO
_____________________________________________________



Sumber: mStar


         ________________________





No comments: