29 November 2013

6 GAMBAR NOSTALGIA FAIZAL ISMAIL


Mengimbas zaman persekolahan, Faizal Ismail mengandaikan pengalaman tersebut sebagai sesuatu yang amat menyeronokkan. Ia katanya penuh dengan kenangan suka duka yang pasti tidak akan kembali lagi.

"Memang seronok bila ingat kembali kenakalan kita di zaman persekolahan. Ada kalanya... saya akan ketawa sendirian kerana banyak perkara yang masih mengusik jiwa. Maklum sahajalah, bila kita pada peringkat usia kanak-kanak, jadi pastinya kita akan terpengaruh dengan perangai rakan-rakan yang agak nakal masa tu.




Untuk pengetahuan, saya mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Seberang Jaya, Pulau Pinang. Masa bersekolah tu, boleh dikatakan saya seorang pelajar yang pintar dan sering mendapat tempat pertama dalam peperiksaan.

"Malah dalam Peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), saya turut berjaya memperolehi keputusan cemerlang apabila mendapat 5A. Mungkin kejayaan tersebut berdasarkan sikap saya yang pendiam, tetapi aktif dalam persatuan," ujar faizal.

Dipendekkan cerita, dia pernah dilantik menjadi pengawas menjaga pintu pagar sekolah, memasuki pertandingan pidato (tempat ketiga) dan kemudian ditawarkan bersekolah di sekolah berasrama penuh di Penang Free School).

"Saya pernah ditangkap oleh warden asrama kerana keluar secara curi-curi waktu malam. Yang kelakarnya saya keluar bukan kerana nak berhibur, tetapi kerana gian nak makan burger. Maklumlah... badan saya masa tu tengah nak naik.

"Ikhlasnya, bila teringat kenangan tersebut memang saya nak gelak sorang-sorang. Apa yang pasti, ia tidak akan saya lupakan sampai bila-bila," tambah Faizal.

Khas untuk anda, jom kita tengok gambar-gambar Faizal ketika dia masih bersekolah dahulu. Bak kata pepatah, tempat jatuh lagi dikenang, inikan pula tempat bermain.


Klik gambar untuk imej besar...












FAIZAL SEKARANG...



No comments: