29 November 2013

ISU JOHAN & LANA - SHARNAAZ MINTA SHILA CARI YANG LAIN


Kita telah mendengar komen dan pengakuan daripada pelbagai sudut tentang 'cinta tiga hari' Johan Asari terhadap Lana Nordin yang menggemparkan seluruh maya. Paling gempar ialah apabila Johan mahu menyunting Lana sebagai isterinya sekaligus melupakan 'cinta monyet' terhadap Shila Amzah.

Dalam masalah ini, apa pula kata bekas kekasih Shila Amzah iaitu pelakon Sharnaaz Ahmad berhubung perkara tersebut?




“Mereka tiada kaitan dengan saya, usah ditanya soalan itu kepada saya... Saya sendiri pun mengetahui tentang perkara ini selepas ditanya pengurus saya.

“Kalau mahu saya jawab juga, apa yang boleh saya katakan ialah jodoh, pertemuan, ajal dan maut semuanya di tangan Tuhan. Mungkin antara Johan dan Shila tiada jodoh, cari sahaja yang lain. Saya juga sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka semua,” ujar Sharnaaz dipetik sebagai berkata.



Meskipun sebelum ini Sharnaaz pernah memberi komen mengenai hubungan Johan dan bekas kekasihnya itu, namun kali ini dia enggan mengulas lanjut. Katanya, dia enggan dikaitkan dengan Johan dan Shila lagi selepas ini.

Terdahulu ketika ditanya mengenai keputusannya untuk bersara, jawab pelakon itu keputusannya itu memang dibuat agak tergesa-gesa. Malah ramai penggiat seni yang menasihatkannya agar berfikir semula demi kebaikan semua pihak.



"Selepas membuat kenyataan ingin bersara, saya tidak sangka ramai yang memberi pelbagai respons dan ramai juga penggiat seni menghubungi saya dan memberi pelbagai nasihat.

"Mereka kata industri seni kita sedang tenat dan memerlukan pelakon yang mempunyai ideologi dan pembawaan tersendiri. Dan kerana itu, mereka meminta saya untuk fikir betul-betul sebelum membuat keputusan," katanya.



"Saya akui kenyataan saya itu bersifat tergesa-gesa kerana saya lupa bahawa jadual lakonan sudah pun disusun sehingga Jun tahun depan. Ini kerana saya dah berjanji secara lisan dengan beberapa syarikat produksi untuk bekerjasama dalam beberapa drama.

"Memandangkan saya sudah berjanji, maka saya akan siapkan kesemua kerja dan kemudian baru berfikir semula dengan niat mahu bersara itu. Tetapi jujurnya, saya memang dah nekad," tambahnya.



No comments: